LARANGAN KENCING DALAM BILIK MANDI
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ
بْنِ مُغَفَّلٍ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ:"لَا يَبُولَنَّ أَحَدُكُمْ فِي مُسْتَحَمِّهِ ثُمَّ يَغْتَسِلُ
فِيهِ"
Daripada Abdullah bin Mughaffal berkata, Rasulullah saw bersabda: Janganlah
sekali-kali salah seorang dalam kalangan kamu kencing di tempat mandinya
kemudian dia mandi di tempat tersebut"
قَالَ أَحْمَدُ: ثُمَّ يَتَوَضَّأُ فِيهِ
فَإِنَّ عَامَّةَ الْوَسْوَاسِ مِنْهُ
Berkata Ahmad: Kemudian dia berwuduk padanya, kerana umum was-was itu
daripadanya.
SANAD ABU DAUD, HADIS NO: 27 |
حَدَّثَنَا
أَحْمَدُ بْنُ مُحَمَّدِ بْنِ حَنْبَلٍ، وَالْحَسَنُ بْنُ عَلِيٍّ، قَالَا:
حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّزَّاقِ، قَالَ أَحْمَدُ: حَدَّثَنَا مَعْمَرٌ، أَخْبَرَنِي
أَشْعَثُ، وَقَالَ الْحَسَنُ: عَنْ أَشْعَثَ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ، عَنِ الْحَسَنِ،
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مُغَفَّلٍ
PENJELASAN:
A.
Sama ada dari jalur Ahmad bin Hanbal ataupun dari
jalur al-Hasan bi ‘Ali, kedua-duanya menjelaskan bahawa Abdul Razzaq mengambil
hadis dari ABU ‘URWAH MA’MAR.
B.
Dalam
jalur Ahmad bin Hanbal, Ma’mar ambil hadis dari ASY’AS dengan menggunakan أخبرني
sedangkan dalam jalur AL-HASAN BIN ‘ALI, MA’MAR ambil hadis dari ASY’AS DENGAN عن
SAHIH
LIGHAIRIH |
Ada tiga pendapat ulama berkenaan hadis ini seperti
berikut;
A.
ARNAUT
berpendapat bahawa hadis ini SAHIH LIGHAIRIH
B.
ALBANI
berpendapat hadis ini adalah doif.
C.
AL-HAKIM
dan AL-ZAHABI menganggap hadis ini sahih.
PENJELASAN
Pertama,
apabila diteliti pada perawi, didapati semuanya siqah.
Kedua,
apabila diteliti pada sudut sanad pula, Imam Tarmizi menyatakan bahawa jalur
sanad hadis ini yang secara marfu’; semuanya bermuarakan dari ASY3AS BIN ABDULLAH
dan tidak ada yang lainnya.
Ketiga, dalam pada ia tafarrud, didapati sanad ini ada
perawi yang bernama AL-HASAN AL-BASRI yang mengambil hadis dari SAHABAT yang
bernama ABDULLAH BIN MUGHAFFAL yang diriwayat dengan menggunakan lafaz عنعنة
Menurut
para ulama hadis, AL-HASAN AL-BASRI banyak melakukan tadlis. Justeru, ALBANI
meragui sanad ini yang menggambarkan AL-HASAN AL-BASRI ambil hadis dari SAHABAT
bernama ABDULLAH BIN MUGHAFFAL. Atas alasan ini, ALBANI anggap hadis ini mungqati’
(terputus sanad). Makanya, disimpulkan hadis ini sebagai DOIF.
Namun
begitu, dalam komentar lain berbeza dengan ALBANI. Hal ini kerana, para ulama
hadis mengemukakan hujah berikut:
Pertama,
semasa ABDULLAH BIN MUGHAFFAL meninggal dunia, umur AL-HASAN AL-BASRI adalah 37
tahun. Tambahan pula, ABDULLAH pernah sampai di Basrah di mana tempat AL-HASAN
berada.
Ini
memggambarkan bahawa kedua-dua tokoh ini mungkin sahaja bertemu dan kemungkinan
besar AL-HASAN AL-BASRI pernah mendengar hadis dari ABDULLAH BIN MUGHAFFAL.
Kedua,
AL-HASAN AL-BASRI yang merupakan TABIIN ditolak dalam periwayatan hadis,
apabila hadis itu MURSAL SAHABI, iaitu seperti dikatakan AL-HASAN AL-BASRI
mengambil hadis terus kepada Rasulullah, tanpa disebut SAHABAT antara dia dan
Rasulullah.
Namun,
jika MURSAL TABIIN, seperti dikatakan AL-HASAN AL-BASRI mengambil hadis dari
sahabat, maka periwayatan AL-HASAN AL-BASRI boleh diterima. Dalam erti kata
yang lain, kemungkinan ada tabiin yang lain antara AL-HASAN AL-BASRI dan
SAHABAT. Tetapi, itu tidak mencacatkan periwayatan AL-HASAN AL-BASRI.
Hal
ini dilakukan oleh al-Imam al-Bukhari dalam meriwayatkan hadis: “tidak Berjaya
sesuatu kaum yang melantik Wanita sebagai pemimpin” yang sanad hadis itu,
AL-HASAN AL-BASRI ambil hadis dari SAHABAT bernama ABU BAKRAH (lihat al-Bukhari, hadis no:
4425 dan 7099)
حَدَّثَنَا
عُثْمَانُ بْنُ الهَيْثَمِ، حَدَّثَنَا عَوْفٌ، عَنِ الحَسَنِ، عَنْ أَبِي
بَكْرَةَ
Dalam
erti kata yang lain, Imam al-Bukhari menerima riwayat AL-HASAN AL-BASRI jika ia
MURSAL TABIIN.
Melihat
dari sudut itu, tidak hairan ARNAUT simpulkan hadis ini adalah SAHIH LIGHAIRIH,
iaitu asalnya hasan sahaja kerana factor tafarrud pada AL-ASY’AS BIN ABDILLAH,
tetapi dikuatkan dengan penghujahan ini.
Ada
hujjah tambahan pula adalah dikatakan bahawa sanad ini ikut syarat al-bukhari
dan muslim yang dengan itu menyebabkan AL-HAKIM dan AL-ZUHRI mengatakan sanad
hadis ini sahih.
Tetapi,
dibantah oleh ALBANI dengan menyatakan ASY’AS BIN ABDULLAH bukan rijal
al-Bukhari, sebaliknya ia disebut dalam sahih al-Bukhari sebagai ta’liq sahaja.
KESIMPULAN
Dari segala perbahasan ini, secara peribadi saya lebih
cenderung dengan pendapat ARNAUT yang menganggap hadis ini sebagai SAHIH
LIGHAIRIH.
TAKHRIJ |
Ahmad (20569), Musannaf Abd al-Razzaq (978), Ibn Majah
(304), Tarmizi (21), al-Nasaie (kubra-33), ibn Hibban
(1266)
No comments:
Post a Comment