NABI BERZIKIR SETIAP MASA
عَنْ عَائِشَةَ
قَالَتْ: «كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَذْكُرُ
اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ عَلَى كُلِّ أَحْيَانِهِ»
“Rasulullah selalu berzikir kepada Allah di setiap keadaan
baginda”
SANAD ABU DAUD, HADIS NO: 18 |
حَدَّثَنَا
مُحَمَّدُ بْنُ الْعَلَاءِ حَدَّثَنَا ابْنُ أَبِي زَائِدَةَ عَنْ أَبِيهِ عَنْ خَالِدِ بْنِسَلَمَةَ يَعْنِي الْفَأْفَاءَ عَنِ الْبَهِيِّ عَنْ عُرْوَةَ عَنْ عَائِشَةَ
SAHIH |
Hadis ini Sahih dengan alasan berikut;
[a] semua perawinya adalah siqah dan sahih.
[b] hadis ini dengan sanad yang sama ada dalam Sahih
Muslim.
[c] disepakati siqah oleh ALBANI dan ARNAUT.
ISYKAL:
[a] Ada dakwaan kata, perawi bernama AL-BAHIY diragui.
JAWAB: Imam Muslim meriwayatkan hadis AL-BAHIY, serta
dia dianggap siqah oleh Ibn Ma’in dan disenaraikan salah seorang perawi siqah
oleh Ibn Hibban.
[b]
ada dakwaan bahawa Zakaria bin Abi Za-idah melalukan tadlis.
JAWAB:
TADLIS yang dilakukan oleh Zakaria hanya dari gurunya yang bernama Sya’bi,
sedangkan hadis ini, dia ambil bukan dari Sya’bi, tetapi dari Khalid bin
Salamah. Tambahan pula, dia adalah rijal Bukhari dan Muslim.
[c] Imam Tarmizi mengatakan hadis ini hasan gharib
kerana dia tidak tahu jalur hadis ini
kecuali melalui Yahya bin Zakaria bin Abi Za-idah yang ambil dari
bapanya, Zakaria sahaja.
JAWAB: Didapati ada jalur lain selain Yahya, iaitu
dalam riwayat Ahmad (26376) menyebut sanadnya dari jalur al-Walid bin al-Qasim
bin al-Walid yang statusnya adalah hasan. Berikut adalah sanad Ahmad:
حَدَّثَنَا
الْوَلِيدُ بْنُ الْقَاسِمِ بْنِ الْوَلِيدِ، قَالَ: حَدَّثَنَا زَكَرِيَّا،
قَالَ: حَدَّثَنَا خَالِدُ بْنُ سَلَمَةَ، عَنِ الْبَهِيِّ، عَنْ عُرْوَةَ بْنِ
الزُّبَيْرِ، عَنْ عَائِشَةَ
Dengan ini disimpulkan bahawa hadis ini adalah Sahih.
TAKHRIJ |
Muslim (373), Al-Tarmizi (3681), Ibn Majah (302),
Musnad Ahmad (24410), Ibn Hibban (802), Al-Bukhari (mu’allaq—305)
No comments:
Post a Comment