SOPAN DALAM QADHA' HAJAT
عَنِ ابْنِ
عُمَرَ «أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا أَرَادَ
حَاجَةً لَا يَرْفَعُ ثَوْبَهُ حَتَّى يَدْنُوَ مِنَ الْأَرْضِ»
Daripada
Ibn Umar: “Nabi saw apabila hendak qadha’ hajat,
baginda tidak mengangkat pakaiannya hingga telah dekat dari tanah”
SANAD ABU DAUD, HADIS NO: 14 |
حَدَّثَنَا زُهَيْرُبْنُ حَرْبٍ حَدَّثَنَا وَكِيعٌ عَنِ الْأَعْمَشِ عَنْ رَجُلٍ عَنِ ابْنِ عُمَرَ
SAHIH |
Hadis ini dinilai SAHIH dengan alasan berikut;
[a] Walaupun sanad hadis ini ada perawi MUBHAM--رجل, tetapi dalam sanad
AL-BAIHAQI telah disebut bahawa perawi itu adalah AL-QASIM BIN MUHAMMAD (cucu
Abu Bakar al-Siddiq) yang merupakan perawi yang siqah lagi faqih. Justeru,
dakwaan munqati’ tidak valid.
[b] Turut sama mengatakan hadis ini sahih adalah
AL-SAYUTI.
PENJELASAN SANAD
LAIN |
Imam Abu Daud membawakan sanad yang lain bagi hadis
ini adalah seperti berikut;
Sanad ini dinilai DOIF oleh Abu Daud bukan
berfaktorkan ABDUL SALAM BIN HARB (91H-187H), kerana ulama kelahiran Basrah
yang meninggal di Kufah ini adalah seorang yang siqah bahkan dia salah seorang
rijal al-Bukhari.
Tetapi, hadis ini dinilai DOIF oleh Abu Daud dengan
alasan MUNGQATI’—terputus sanad kerana didapati al-A’mash tidak pernah dengar
hadis dari Anas bin Malik.
Al-Imam al-Tarmizi berkata dalam al-Sunan:
ويقال لم يسمع الأعمش من أنس ولا من أحد
من أصحاب النبي صلى الله عليه وسلم وقد نظر إلى أنس بن مالك قال رأيته يصلي فذكر عنه حكاية في الصلاة
“dikatakan bahawa al-A’mash tidak mendengar hadis dari
Anas, dan juga seorang pun dalam kalangan sahabat Nabi. Yang pasti, al-A’mash
pernah melihat Anas. Dia sendiri pernah kata, “aku lihat Anas menunaikan
solat”. Dia menyebut itu dalam menghikayatkan berkenaan solat”
Walaubagaimana pun, kesimpulan Abu Daud bahawa sanad
ini doif dengan alasan bahawa al-‘Amash tidak mendengar hadis dari Anas
diragui, kerana AL-MUNZIRI ada berkata:
وذكر أبو نعيم
الأصبهاني أن الأعمش رأى أنس بن مالك، وابن أبي أوفى وسمع منهما، والذي قاله الترمذي هو المشهور
“Abu Nuaim al-Asbahanni menyebut bahawa al-A’mash
melihat anas dan Abdullah bin Abi Awfa, dan MENDENGAR dari kedua-duanya. Yang menyatakan
ini adalah al-Tarmizi—ini yang masyhur”
Dengan sebab itu, ALBANI tetap menegaskan bahawa hadis
ini adalah SAHIH.
Dalam tambahan maklumat, seorang murid Abu Daud yang
merupakan pencatat hadis-hadis Abu Daud bernama ABU ISA AL-RAMLI (320H) yang
berasal dari Baghdad berkata berkenaan sanad yang kedua ini bermuara dari ABDUL
SALAM BIN HARB seperti berikut;
قَالَ أَبُوعِيسَى
الرَّمْلِيُّ حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ
الْوَلِيدِ حَدَّثَنَا عَمْرُو بْنُ
عَوْنٍ أَخْبَرَنَا عَبْدُ
السَّلَامِ بِهِ
Walaubagaimana
pun, ARNAUT anggap hadis ini HASAN.
No comments:
Post a Comment