BUKA CINCIN MASA MASUK TANDAS
عَنْ أَنَسٍ
قَالَ: «كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا دَخَلَ
الْخَلَاءَ وَضَعَ خَاتَمَهُ»
Daripada Anas bin Malik berkata: “Nabi apabila hendak
masuk tandas, baginda menanggalkan cincinnya”
SANAD ABU DAUD, HADIS NO: 19 |
حَدَّثَنَا نَصْرُبْنُ عَلِيٍّ عَنْ أَبِي عَلِيٍّ الْحَنَفِيِّ عَنْ هَمَّامٍ عَنِ ابْنِ جُرَيْجٍ عَنِ الزُّهْرِيِّ عَنْ أَنَسٍ
MUNGKAR |
Hadis ini MUNGKAR dengan alasan-alasan berikut;
[A] Hadis ini tafarrud dari jalur HAMMAM yang ALBANI
kata, dia seorang mudallis yang dia riwayatkan secara عنعنة
[B] HAMMAM itu pula seorang yang waham. Kata Abu Daud:
وَالْوَهْمُ
فِيهِ مِنْ هَمَّامٍ، وَلَمْ يَرْوِهِ إِلَّا هَمَّامٌ
“Waham pada hadis ini daripada Hammam. Dia tidak
meriwayatkan hadis ini kecuali dari HAMMAM”
PENJELASAN: Bukti waham IBN JURAIJ itu, dijelaskan
oleh al-‘Azim al-Abadi dalam kitab AL-AUN bahawa HAMMAM mengambil hadis ini
dari IBN JURAIJ ketika mereka bertemu di BASRAH.
Sebarang hadis yang diriwayatkan dari JURAIJ semasa
dia di Basrah ada kecacatan, kerana dia melakukan tadlis semasa ambil hadis
dari al-Zuhri dengan mengugurkan perawi bernama ZIYAD BIN SA’AD.
Al-‘Azim Abadi turut menjelaskan bahawa HAMMAM adalah
Rijal Bukhari dan Muslim, tetapi kedua-dua imam besar hadis ini tidak
riwayatkan riwayat HAMMAM ketika dia berada di Basrah, tetapi riwayatkan dari
HAMMAM jika dia ambil hadis ketika di tempat lain.
[C] Sanad hadis ini doif yang ia bercanggah dengan
sanad yang Sahih.
PENJELASAN: Dalam istilah ilmu hadis, apabila sesuatu hadis yang sahih
bertembung dengan hadis yang lebih sahih, maka hadis yang sahih itu disebut
sebagai SYAZ, sedangkan hadis yang lebih sahih itu disebut sebagai MAHFUZ.
Demikian juga, apabila hadis yang doif bertembung
dengan hadis yang sahih, maka hadis yang doif itu disebut MUNGKAR dan hadis
yang sahih itu disebut sebagai MA’RUF.
Justeru, dalam hadis bab ini, Abu Daud kata MUNGKAR.
Dalam erti kata yang lain, Abu Daud mahu menyatakan sanad hadis ini doif yang
bertembung dengan sanad yang sahih (makruf). Makanya, Abu Daud pun membawakan
sanad yang makruf itu adalah seperti berikut;
وَإِنَّمَا
يُعْرَفُ، عَنِ ابْنِ جُرَيْجٍ عَنْ زِيَادِ بْنِ سَعْدٍ عَنِ الزُّهْرِيِّ عَنْ أَنَسٍ، «أَنَّ
النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اتَّخَذَ خَاتَمًا مِنْ وَرِقٍ، ثُمَّ
أَلْقَاهُ»
Dalam erti kata yang lain, Abu Daud menjelaskan bahawa
mungkar hadis bab adalah kerana, pada sanad dikatakan IBN JURAIJ ambil hadis
dari AL-ZUHRI, walhal sebenarnya tidak. Dalam erti kata lain, hadis bab, dari
sudut sanadnya adalah doif kerana terputus sanad (munqati’).
Justeru, Abu Daud bawakan sanad yang sahih bahawa di
dapati ada perawi antara IBN JURAIJ dan AL-ZUHRI, iaitu ZIYAD BIN SA’AD.
Dan abu Daud menjelaskan, punca kekeliruan ini bermula
dari perawi bernama HAMMAM:
وَالْوَهْمُ
فِيهِ مِنْ هَمَّامٍ، وَلَمْ يَرْوِهِ إِلَّا هَمَّامٌ"
Dari sudut matan pula, jika dilihat kedua-dua hadis
ini, didapati ada perbezaan seperti berikut;
Pada hadis yang mungkar, dinyatakan bahawa Nabi saw
membuang cincin semasa baginda saw mahu qadha’ hajat.
Pada hadis yang Ma’ruf pula, dinyatakan bahawa nabi
saw memakai cincin dari perak, kemudian baginda membuangnya.
Hal ini dikuatkan dengan hadis yang lain—daripada Anas
bin Malik:
أَنَّهُ رَأَى فِي يَدِ
رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَاتَمًا مِنْ وَرِقٍ يَوْمًا
وَاحِدًا، ثُمَّ إِنَّ النَّاسَ اصْطَنَعُوا الخَوَاتِيمَ مِنْ وَرِقٍ
وَلَبِسُوهَا، فَطَرَحَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
خَاتَمَهُ، فَطَرَحَ النَّاسُ خَوَاتِيمَهُمْ
“Pada suatu
hari, dia (Anas) nampak di tangan Rasulullah saw ada cincin dari perak.
Kemudian, ramai orang turut membuat cincin dari perak dan mereka memakainya.
Rasulullah pun membuang cincinnya itu, dan turut sama membuang oleh orang ramai
cincin masing-masing” (al-Bukhari, hadis no: 5868)
Jelas bahawa kedua-dua hadis ini membincangkan dua isu
yang berbeza.
SYAZ PADA MATAN
Dari sudut sanad, hadis ini adalah MUNGKAR. Namun, matan
hadis yang MA’RUF—Anas bin Malik bin malik menyebut bahawa Nabi saw membuang
itu adalah cincin perak. Hal ini bercanggah
dengan hadis yang lebih sahih.
SATU: bercanggah dengan hadis Ibn
Omar bahawa cincin yang dibuang oleh nabi itu EMAS. Bahkan, selepas membuang
cincin emas, nabi memakai cincin perak.
Hadis
itu—daripada Abdullah bin Umar:
أَنَّ رَسُولَ
اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اتَّخَذَ خَاتَمًا مِنْ ذَهَبٍ، وَجَعَلَ
فَصَّهُ مِمَّا يَلِي كَفَّهُ،
فَاتَّخَذَهُ النَّاسُ، فَرَمَى بِهِ وَاتَّخَذَ خَاتَمًا مِنْ وَرِقٍ أَوْ
فِضَّةٍ
“Sesungguhnya Rasulullah saw memakai cincin dari EMAS yang
baginda jadikan batunya bahagian dalam tapak tangan. Orang ramai pun turut
membuat hal yang sama. Lalu Nabi saw pun membuangnya dan memakai cincin dari perak”
(al-Bukhari, hadis no: 5865)
DUA: al-‘Azim Abadi dalam al-Aun membawakan satu
riwayat dari Anas bin malik sendiri bahawa yang dipecat oleh Nabi bukan cincin
perak, tetapi cincin emas:
عَنْ أَنَسٍ أَنَّهُ
رَأَى فِي يَدِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَاتَمًا مِنْ
ذَهَبٍ فَاضْطَرَبَ النَّاسُ الْخَوَاتِيمَ فَرَمَى بِهِ النَّبِيُّ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَقَالَ لَا أَلْبَسُهُ أَبَدًا
“Anas melihat
di tangan Nabi saw ada cincin dari emas. Manusia berlumba-lumba memakai cincin
begitu. Nabi saw pun membuang dan berkata: aku tidak akan pakainya sampai
bila-bila”.
Menurut
al-‘Azim Abadi, hadis ini mahfuz dan sahih daripada Ibn Juraij.
Dalam kaedah
ilmu hadis, apabila sesuatu hadis sahih bertembung dengan hadis yang lebih
sahih, maka hadis yang sahih itu adalah SYAZ dan hadis yang lebih sahih itu
adalah MAHFUZ.
Dalam hal
hadis bab, dapat disimpulkan bahawa, walaupun hadis tersebut ma’ruf pada sanad
itu tetapi syaz dari sudut matan. Dalam erti kata lain, hadis itu dari sudut
matan tidak boleh dijadikan sandaran hujah.
Bahkan, Ibn
Hajar al-Asqalani juga menyatakan bahawa hadis yang mahfuz adalah hadis Ibn
Umar yang menyebut bahawa Nabi membuang cincin emas dan menggantikan cincin
perak. Ibn Hajar turut menjelaskan bahawa hadis bahawa Nabi saw membuang cincin
perak yang diriwayatkan oleh al-Bukhari itu itu ada waham dari Ibn Shihab
al-Zuhri.
ISYKAL
Ada pihak berhujah bahawa hadis bab ini dikuatkan
dengan sanad yang lain, iaitu sepertimana yang dikeluarkan oleh al-Daraqutni
dalam Kitab al-Ilal seperti berikut;
عن سعيد بن عامر وهدبة بن خالد عن همام عن ابن جريج عن الزهري عن
أنس به، وخالفهم عمرو بن عاصم فرواه عن همام عن ابن جريج عن الزهري عن أنس: أنه
كان إذا دخل الخلاء نزع خاتمه
“Daripada Anas bahawa dia apabila masuk ke
tempat Qadha’ Hajat, dia akan buang cincinya” (al-Daraqutni)
Hadis ini bersifat mawquf, bukan
marfu’; ia adalah melibatkan amalan ANAS BIN MALIK, bukan amalan Nabi SAW.
tambahan pula, hadis ini tidak boleh jadi Mutaba-‘ah, kerana masalah pada sanad
hadis ini berlaku pada perawi bernama HAMMAM sedangkan sanad ini bermuarakan
dari HAMMAM.
KESIMPULAN
Dari segala
perbahasan ini dapat disimpulkan bahawa hadis bab adalah MUNGKAR. Namun, hadis yang
MA’RUF pula tidak boleh dijadikan hujah juga kerana ia SYAZ dari sudut matan.
TAKHRIJ |
Tarmizi (1844), Al-Nasaie (kubra-9470), Ibn Majah
(303), Al-Hakim (1/187), Al-Baihaqi (1/94-95), AHKAM AL-KHAWATIM (IBN
RAJAB—171).
No comments:
Post a Comment