ISTINJAK MESTI DENGAN TIGA BIJI BATU
عَنْ عَائِشَةَ
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: «إِذَا ذَهَبَ أَحَدُكُمْ إِلَى الْغَائِطِ،
فَلْيَذْهَبْ مَعَهُ بِثَلَاثَةِ أَحْجَارٍ يَسْتَطِيبُ بِهِنَّ، فَإِنَّهَا
تُجْزِئُ عَنْهُ
Daripada Aisyah bahawa
Rasulullah bersabda: "Apabila salah seorang dalam kalangan kamu pergi
buang air besar, maka hendaklah dia membawa tiga batu untuk beristinja,
sesungguhnya itu mencukupinya”
SANAD ABU DAUD, HADIS NO: 40 |
حَدَّثَنَا
سَعِيدُ بْنُ مَنْصُورٍ، وَقُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ، قَالَا: حَدَّثَنَا يَعْقُوبُ بْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ، عَنْ أَبِي حَازِمٍ، عَنْ مُسْلِمِ بْنِ قُرْطٍ، عَنْ
عُرْوَةَ، عَنْ عَائِشَةَ
SAHIH LIGHAIRIH |
Hadis ini, asalnya doif dengan alasan berikut;
A.
MUSLIM BIN QURT seorang yang MAJHUL.
B.
Tafarrud pada ABU HAZIM
Justeru, jadi SAHIH LIGHAIRIH dengan alasan berikut;
B.
Sama dengan matan hadis ke-8; hadis Abu Hurairah.
C.
Sama dengan matan hadis ke-35; hadis abu Hurairah.
D. Dari ABU AYUB AL-ANSARI bahawa Nabi saw ada bersabda:
إِذَا
تَغَوَّطَ أَحَدُكُمْ فَلْيَتَمَسَّحْ بِثَلَاثَةِ أَحْجَارٍ، فَإِنَّ ذَلِكَ
كَافِيهِ
“Apabila seseorang kamu buang air besar, maka hendaklah dia sapu
(istinjak) dengan tiga biji batu. Maka itu memadai” (al-Tibrani, al-Mukjam
al-Awsat, hadis no: 3146(
DIKUATKAN LAGI:
A.
Muslim bin Qurt: dalam senarai siqah Ibn Hibban.
B.
Al-Nawawi kata, hadis ini sahih.
C.
Al-Daraqurtni kata, hadis ini hasan.
D.
Arnaut juga menganggap hadis ini SAHIH LIGHAIRIH.
SANAD LAIN |
A.
Dalam Sanad al-Nasaie (44)
أَخْبَرَنَا
قُتَيْبَةُ قَالَ: حَدَّثَنَا عَبْدُ الْعَزِيزِ بْنُ أَبِي حَازِمٍ، عَنْ
أَبِيهِ، عَنْ مُسْلِمِ بْنِ قُرْطٍ، عَنْ عُرْوَةَ، عَنْ عَائِشَةَ،
PENJELASAN:
Dalam Nasaie, Qutaibah ambil
hadis dari ABDUL AZIM BIN ABI HAZIM, sedangkan dalam Abu Daud, Qutaibah ambil
dari YAA’QUB BIN ABDUL RAHMAN
B.
Sanad Ahmad bin Hanbal (697)
حَدَّثَنَا
سَعِيدُ بْنُ مَنْصُورٍ، حَدَّثَنَا يَعْقُوبُ بْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ، عَنْ
أَبِي حَازِمٍ، عَنْ مُسْلِمِ بْنِ قُرْطٍ، عَنْ عُرْوَةَ، عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ
اللَّهُ عَنْهَا
KOMENTAR ULAMA |
Kitab
AL-MANHAL
menyatakan bahawa tidak diketahui hadis ini kecuali dari sanad ini sahaja.
AL-DARAQUTNI pula menyatakan, sanadnya sahih lagi
hasan. Namun, al-Saharanpuri kata, kesimpulan al-Daraqutni ini pelik.
ALBANI menganggap hadis ini SAHIH dengan hujah-hujah
yang hampir sama dengan di atas.
TAKHRIJ |
Al-Nasaie
(Kubra-42), Ahmad (24771, 25013)
No comments:
Post a Comment