NABI MEMBERI SUGI KEPADA ORANG LAIN UNTUK DIGUNAKAN
عَنْ عَائِشَةَ،
قَالَتْ: «كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَسْتَنُّ
وَعِنْدَهُ رَجُلَانِ، أَحَدُهُمَا أَكْبَرُ مِنَ الْآخَرِ، فَأَوْحَى اللَّهُ
إِلَيْهِ فِي فَضْلِ السِّوَاكِ، أَنْ كَبِّرْ أَعْطِ السِّوَاكَ أَكْبَرَهُمَا»
Kata Aisyah: Rasulullah saw bersugi sementara di sisi baginda ada dua
orang lelaki yang satu lebih tua daripada yang lain, maka Allah mewahyukan
kepada baginda tentang keutamaan bersugi agar memberikan sugi kepada orang yang
lebih tua dari keduanya.
SANAD ABU DAUD, HADIS NO: 50 |
حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عِيسَى، حَدَّثَنَا عَنْبَسَةُ بْنُ عَبْدِ الْوَاحِدِ، عَنْ هِشَامِ بْنِ عُرْوَةَ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ عَائِشَةَ
SAHIH |
Hadis ini dianggap SAHIH kerana:
A.
Semua perawi hadis adalah siqah dan sahih.
B.
Semua perawi adalah rijal al-Bukhari kecuali ‘ANBASAH sahaja sekadar
perawi bukhari secara ta’liq.
C.
Hadis ini ada dalam riwayat
al-Bukhari dan Muslim, tetapi dengan kandungan yang berbeza; iaitu dalam
riwayat bukhari muslim dalam konteks mimpi sedangkan hadis ini dalam konteks
Yaqazah.
Dalam penjelasan Ibn al-Arabi bahawa hadis ini tafarrud dari penduduk
Madinah;
قَالَ أَحْمَدُ
هُوَ ابْنُ حَزْمٍ: قَالَ لَنَا أَبُو سَعِيدٍ هُوَ ابْنُ الْأَعْرَابِيِّ: «هَذَا
مِمَّا تَفَرَّدَ بِهِ أَهْلُ الْمَدِينَةِ»
No comments:
Post a Comment