JIN MINTA UMAT NABI TIDAK ISTINJAK GUNA TAHI, TULANG DAN ARANG
عَنْ عَبْدِ
اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ قَالَ: قَدِمَ وَفْدُ الْجِنِّ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقَالُوا: يَا مُحَمَّدُ: انْهَ أُمَّتَكَ أَنْ
يَسْتَنْجُوا بِعَظْمٍ أَوْ رَوْثَةٍ أَوْ حُمَمَةٍ، فَإِنَّ اللَّهَ تَعَالَى
جَعَلَ لَنَا فِيهَا رِزْقًا، قَالَ: «فَنَهَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ ذَلِكَ»
Daripada Ibn Mas’ud berkata: Telah datang utusan jin kepada Rasulullah
saw. Utusan jin itu berkata: "Wahai Muhammad, laranglah umatmu untuk
beristinja dengan tulang, atau najis binatang atau arang kerana Allah telah
menjadikan semua itu sebagai rezeki kami" Maka Rasulullah saw pun melarang
umatnya daripada melakukan demikian”
SANAD
ABU DAUD, HADIS NO: 39 |
حَدَّثَنَا
حَيْوَةُ بْنُ شُرَيْحٍ الْحِمْصِيُّ، حَدَّثَنَا ابْنُ عَيَّاشٍ، عَنْ يَحْيَى بْنِ أَبِي عَمْرٍو السَّيْبَانِيِّ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ الدَّيْلَمِيِّ،
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ
SAHIH |
Ramai ulama anggap hadis ini DOIF,
antaranya adalah al-Baihaqi dan al-Daraqutni. Apabila diteliti, alasan mereka
anggap hadis ini doif hanya kerana perawi bernama ISMAIL BIN ‘AYYASH dianggap
sebagai doif kerana IDHTIRAB berlaku dalam hadis riwayatnya.
Namun begitu, didapati yang ambil hadis
darinya adalah HAYWAH BIN AL-SYURAIH AL-HIMSHI yang merupakan seorang ulama
SYAM. Ini bermakna, tidak tepat dianggap doif kerana ISMAIL BIN ‘AYYASH mula
idhtirab setelah dia berhijrah dari Syam, sedangkan hadis ini, dia riwayatkan
kepada orang Syam.
Jika dilihat dari sudut dia semasa di
syam, dia diakui siqah dan sahih oleh ramai ulama besar seperti al-Bukhari,
Ahmad bin Hanbal dan Ibn Ma’in. Tambahah pula, matan hadis ini terdapat dalam
banyak kitab-kitab hadis yang sanadnya sahih.
Antara ulama yang menganggap hadis ini
sahih adalah ALBANI, sedangkan ARNAUT pula berpendapat yang mengatakan ia doif.
Menurut al-Baihaqi pula, walaupun yang mengambil hadis dari ISMAIL adalah ulama
syam, tetapi dia bukan orang yang kuat.
Dakwaan ini agak kurang tepat, kerana
perawi Syam itu adalah HAYWAH BIN SYURAIH AL-HIMSHI merupakan guru Imam
al-Bukhari dan Imam Abu Daud, bahkan dia adalah rijal al-Tarmizi dan Ibn Majah.
Dengan ini dapat disimpulkan bahawa pendapat
yang mengatakan hadis ini sahih lebih kuat berbanding yang mengatakan doif.
MUTABA-AH
DAN SYAWAHID MATAN |
Jika diandaikan hadis ini DOIF pada SANAD,
ternyata kandungan matan hadis ini ada MUTABA-AH berikut;
[A] hadis ini menyebut bahawa jin berjumpa
dengan Nabi dan membuat permintaan.
Hal ini ada dalam hadis riwayat Muslim, (hadis no: 450) bahawa Ibn Mas’ud ada bercerita berkenaan Jin berjumpa dengan
Nabi dan membuat permintaan berkenaan makan.
[B] Jin membuat permintaan agar manusia
dari kalangan umat Nabi Muhammad saw tidak beristinja’ dengan tiga perkara;
iaitu, tahi kering, tulang dan arang bakar.
Pada dua perkara (tahi dan tulang),
terdapat banyak riwayat seperti dalam hadis ke-7, hadis ke-36 dan hadis ke-38.
Namun, berkenaan Jin makan arang bakar,
terdapat mutaba-ah, iaitu al-Daraqutni (150) yang sanadnya seperti berikut;
عن
موسي بن علي بن رباح عن ابيه عن ابن مسعود
Sanad hadis ini dikritik oleh ARNAUT
dengan alasan bahawa tidak ada bukti Ali ada DENGAR hadis dari IBN MAS’UD.
Kritikan itu dibantah kerana pengarang
kitab AL-MANHAL (Mahmud Muhammad Khattab al-Subki) dengan menyatakan, para
ulama sepakat bahawa sesuatu riwayat itu diterima bukan semestinya didapati
dengar, bahkan jika ada KEMUNGKINAN DENGAR pun sudah memadai, iaitu apabila
berjaya dibuktikan mereka bertemu. Apatah
lagi, ALI BIN RABAH lahir tahun 15 Hijrah, sedangkan IBN MAS’UD mati tahun 32
Hijrah.
Dengan alasan ini, dapat diterima bahawa
hadis ini menjadi dalil bahawa jin makan arang bakar.
TAKHRIJ |
Al-Baghawi (180), al-Daraqutni (149), al-Tibrani
(musnad al-Syamiyin-872), Muslim (450), al-Tarmizi (18), al-Nasaie (al-Kubra-39).
No comments:
Post a Comment