DOA KELUAR TANDAS
عَنْ عَائِشَة رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى
اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا خَرَجَ مِنَ الغَائِطِ قَالَ: «غُفْرَانَكَ»
Rasulullah saw apabila
keluar dari tandas, beliau membaca: "GHUFRAANAKA (Aku mohon ampunan-Mu)”
SANAD ABI DAUD,
HADIS NO: 30 |
حَدَّثَنَا
عَمْرُو بْنُ مُحَمَّدٍ النَّاقِدُ، حَدَّثَنَا هَاشِمُ بْنُ الْقَاسِمِ،
حَدَّثَنَا إِسْرَائِيلُ، عَنْ يُوسُفَ بْنِ أَبِي بُرْدَةَ، عَنْ أَبِيهِ،
حَدَّثَتْنِي عَائِشَةُ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا
HASAN |
hadis ini tafarrud pada Aisyah. Dalam erti kata lain,
semua riwayat hadis ini bermuarakan dari AISYAH sahaja.
Berkenaan statusnya, khilaf ulama kepada pendapat
berikut:
PERTAMA: HASAN
Ini pendapat ARNAUT. Hujah Arnaut adalah seperti
berikut;
Perawi bernama YUSUF BIN ABI BURDAH adalah seorang
MAJHUL.
Walaupun majhul, didapati ada beberapa ulama
menganggap dia siqah, seperti al-‘Ijli dan al-Zahabi; ada pula anggap dia sahih
seperti Ibn Khuzaimah, Ibn Hibban, Abu Hatim al-Razil; ada pula anggap dia
hasan, seperti al-Tarmizi; bahkan namanya tersenarai dalam kitab al-Siqat karya
Ibn Hibban.
KEDUA: SAHIH
Ini adalah pendapat ALBANI yang hujahnya seperti
berikut;
[a] Hadis ini turut ada ada dalam kitab al-Adab
al-Mufrad, al-Tarmizi, al-Darimi, Ibn Majah, Ibn al-Sunni, Ibn Khuzaimah,
al-Hakim
[b] Abu Hatim, Ibn Khuzaimah, Ibn Hibban, Ibn
al-Jarud, al-Hakim, al-Nawawi dan al-Zahabi kata, hadis ini sahih.
[c] Semua perawinya rijal Bukhari dan muslim kecuali
YUSUF BIN BURDAH sahaja. Pun begitu, dia dianggap siqah oleh Ibn Hibban,
al-Ijli dan al-Hakim. Bahkan, Abu Hatim kata, dia sahih.
KESIMPULAN:
Dari dua pendapat ini, saya lebih cenderung dengan
pendapat ALBANI yang menganggap hadis ini sebagai sahih.
Hujah induk ARNAUT untuk kata hadis ini HASAN adalah
berpunca dari YUSUF BIN ABI BURDAH itu tidak kuat, kerana apabila diteliti
didapati dakwaan dia majhul itu bukanlah majhul al-Ain. Hal ini kerana, dalam
kitab-kitab hadis, terdapat tiga orang murid yang mengambil hadis darinya,
iaitu Israil bin Yunus, Sa’id bin masruq dan Abu Dhamrah Anas bin Iyyadh bin
Dhamrah.
Factor ini tidak terlalu kuat, apatah lagi YUSUF BIN
ABI BURDAH dianggap siqah oleh sebilangan imam-imam besar dalam
bidang hadis.
TAKHRIJ |
Al-Tarmizi (7), al-Nasaie (al-Kubra: 9864), Ibn Majah
(300), Musnad Ahmad (25220), Ibn Hibban (1444)
No comments:
Post a Comment