NABI TIDAK SUKA BERZIKIR TANPA WUDUK
عَنِ الْمُهَاجِرِ بْنِ قُنْفُذٍ أَنَّهُ أَتَى النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ يَبُولُ فَسَلَّمَ عَلَيْهِ، فَلَمْ يَرُدَّ عَلَيْهِ حَتَّى تَوَضَّأَ، ثُمَّ اعْتَذَرَ إِلَيْهِ فَقَالَ "إِنِّي كَرِهْتُ أَنْ أَذْكُرَ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ إِلَّا عَلَى طُهْرٍ أَوْ قَالَ: عَلَى طَهَارَةٍ"
“Daripada Al-Muhajir bin
Qunfuz bahawa dia datang berjumpa Nabi yang ketika itu baginda sedang buang air
kecil. Dia pun memberi salam kepada Nabi, namun baginda tidak menjawab salamnya
hingga berwudhu. Kemudian baginda meminta maaf seraya bersabda:
"Sesungguhnya aku tidak suka menyebut nama Allah kecuali dalam keadaan
suci”
SANAD ABU DAUD, HADIS NO: 17 |
حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْمُثَنَّى حَدَّثَنَا عَبْدُ الْأَعْلَى حَدَّثَنَا سَعِيدٌ عَنْ قَتَادَةَ عَنِ الْحَسَنِ عَنْ حُضَيْنِ بْنِالْمُنْذِرِ أَبِي سَاسَانَ عَنِ الْمُهَاجِرِ بْنِقُنْفُذٍ
SAHIH |
Hadis ini sahih dengan alasan-alasan berikut;
(A)
Semua perawi hadis ini sahih.
(B)
Semua
perawi adalah rijal bukhari dan muslim kecuali HUDHOIN BIN AL-MUNZIR ABI SASAN
sahaja rijal Muslim.
(C)
Ia juga sahih atas syarat muslim.
(D)
Hadis ini disahihkan oleh Ibn Hibban, al-Hakim,
al-Zahabi dan al-Nawawi.
(E)
Ada
kritikan mengatakan bahawa AL-HASAN AL-BASRI adalah perawi tadlis. Makanya,
hadis ini dianggap terputus sanad (munqati’). Kritikan ini dibantah dengan dikatakan
TADLIS itu, jika dia riwayatkan hadis dengan diambil terus sahabat. Namun, jika dia ambil hadis dari tabiin,
maka hadisnya diterima dan boleh dibuat hujah.
TAKHRIJ |
Al-Nasaie
– (al-Kubra: 34), Ibn Majah- (350), Ahmad (19034), Sahih Ibn Hibban (803), Musnad Ahmad (19034)
No comments:
Post a Comment