NABI LARANG KENCING DALAM LUBANG
عَنْ عَبْدِ
اللَّهِ بْنِ سَرْجِسَ «أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
نَهَى أَنْ يُبَالَ فِي الْجُحْرِ» قَالُوا لِقَتَادَةَ: مَا يُكْرَهُ مِنَ
الْبَوْلِ فِي الْجُحْرِ؟ قَالَ: كَانَ يُقَالُ إِنَّهَا مَسَاكِنُ الْجِنِّ
Abdullah bin Sarjis berkata: “Rasulullah saw melarang
kencing di lubang”
Mereka bertanya kepada Qatadah: "Apa sebab
kencing di lubang itu dilarang?" Dia menjawab: "Dikatakan bahawa ia
adalah tempat tinggal jin”
SANAD ABU DAUD,
HADIS NO: 29 |
حَدَّثَنَا
عُبَيْدُ اللَّهِ بْنُ عُمَرَ بْنِ مَيْسَرَةَ، حَدَّثَنَا مُعَاذُ بْنُ هِشَامٍ،
حَدَّثَنِي أَبِي، عَنْ قَتَادَةَ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ سَرْجِسَ
HASAN |
Secara dasarnya, semua perawi-perawi hadis ini adalah
siqah. Namun, kekhilafan berlaku antara ulama berkenaan statusnya, apabila
ulama berbeza pendapat berkenaan QATADAH yang diragui berjumpa dengan Sahabat
yang bernama ABDULLAH BIN SARJIS.
PENDAPAT ALBANI: hadis ini doif dengan dua hujah
berikut;
[a] Albani lebih cenderung dengan kupasan Ahmad bin
Hanbal dan Hakim yang menyatakan bahawa QATADAH tidak berjumpa dengan mana-mana
sahabat kecuali ANAS BIN MALIK sahaja. dalam erti kata yang lain, QATADAH tidak
berjumpa dengan ABDULLAH BIN SARJIS.
[b] Qatadah adalah salah seorang sahabat Nabi yang
tersenarai sebagai perawi mudallis.
Dengan alasan ini, ALBANI anggap hadis ini terputus
sanad—munqati’. Dalam erti kata lain, antara QATADAH dan ABDULLAH BIN SARJIS
ada perawi yang disembunyikan tanpa disebutkan namanya.
PENDAPAT ARNAUT: hadis ini tidak boleh dipandang
rendah. Walaupun tidak secara terang mengatakan sahih, tetapi ARNAUT menukilkan
hal-hal penting berikut;
[a] Ibn Khuzaimah dan Ibn Sakan kata hadis ini Sahih.
[b] Ramai ulama hadis anggap QATADAH mendengar hadis
dari ABDULLAH BIN SARJIS, seperti Ibn al-Mulaqqin dan ibn al-Madini. Yang
meragui Qatadah mendengar hadis dari Abdullah hanya Harb bin Ismail sahaja.
Secara peribadi, saya sangsikan beberapa hal berikut;
[a] Qatadah dikatakan seorang mudallis.
[b] jika dia seorang mudallis, lalu dia riwayatkan
hadis dari ABDULLAH secara عنعنة yang kita tahu, perawi mudallis, riwayatnya ditolak jika dia
riwayat secara عنعنة
Jika
dilihat dari sudut itu, kelihatan hujah ALBANI lebih kuat.
Namun
begitu, kita tidak dapat nafikan bahawa ada dakwaan yang mengatakan bahawa
Qatadah pernah berjumpa ABDULLAH. Jika dilihat dari sudut ini pula, kelihatan
pendapat SOLEH USAIMIN lebih selamat, iaitu menganggap hadis ini sebagai hasan.
TAKHRIJ |
Al-Nasaie (kubra-30), Ahmad (20775).
No comments:
Post a Comment