TEMPAT DILARANG BUANG AIR BESAR
عَنْ مُعَاذِ
بْنِ جَبَلٍ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: "
اتَّقُوا الْمَلَاعِنَ الثَّلَاثَةَ: الْبَرَازَ فِي الْمَوَارِدِ، وَقَارِعَةِ
الطَّرِيقِ، وَالظِّلِّ"
“Rasulullah bersabda, "Takutlah kamu terhadap tiga hal yang
mengundang laknat; buang air besar di sumber air, di laluan jalan dan tempat
berteduh”
SANAD ABU DAUD, HADIS NO: 26 |
حَدَّثَنَا
إِسْحَاقُ بْنُ سُوَيْدٍ الرَّمْلِيُّ وَعُمَرُ بْنُ الْخَطَّابِ أَبُو حَفْصٍ وَحَدِيثُهُ أَتَمُّ أَنَّ سَعِيدَبْنَ الْحَكَمِ حَدَّثَهُمْ قَالَ: أَخْبَرَنَا نَافِعُ بْنُ يَزِيدَ حَدَّثَنِي
حَيْوَةُ بْنُ شُرَيْحٍ أَنَّ أَبَا سَعِيدٍ الْحِمْيَرِيَّ حَدَّثَهُ عَنْ مُعَاذِ بْنِ جَبَلٍ
DOIF |
Hadis ini doif dengan alasan berikut;
Dalam riwayat Abu Daud dan Ibn Majah ini, kedua-dua
hadis ini bermuarakan dari perawi bernama ABU SA’ID AL-HIMYARI yang mengambil
hadis dari Sahabat yang bernama MUAZ BIN JABAL.
Pertama, Ibn Qattan dan Ibn Hajar mengatakan bahawa Abu
SA’ID AL-HIMYARI adalah majhul.
Kedua, setelah diteliti, gagal dibuktikan bahawa ABU
SA’ID AL-HIMYARI bertemu dengan MUAZ BIN JABAL. Dengan kata lain, kemungkiann
besar hadis ini munqati’, iaitu terputus sanad.
Tambahan pula, dalam riwayat Ibnul Arabi dalam
menjelaskan hadis ini dia berkata:
زاد ابن
الأعرابي في روايته بعد هذا الحديث: قال ابو داود: هذا مرسل, وهو مما انفرد به أهل
مصر
“Ibnu
Arabi menambah berkenaan riwayat ini selepas penjelasan hadis ini. Abu Daud
berkata: hadis ini adalah Mursal dalam keadaan ia tafarrud oleh penduduk mesir
sahaja”
Dengan dua alasan ini, disimpulkan bahawa hadis ini
doif dari sudut sanad.
Namun begitu, ALBANI mengatakan hadis ini sebagai
HASAN, sedangkan ARNAUT kata hadis ini HASAN LIGHAIRIH.
Apabila diteliti, didapati penghujahannya pada dua
alasan:
Pertama, ABU SA’ID AL-HIMYARI adalah MAJHUL AL-HAL,
bukan MAJHUL AIN, iaitu apabila berjaya dibuktikan bahawa ada dua orang murid yang
mengambil hadis darinya, iaitu HAYWAH (hadis ini, salah satunya) dan FARJ BIN
FUDHALAH (lihat Tibrani dalam Kitab al-Do’a, hadis no: 1402)
Kedua, dalam kaedah usul al-Hadis, apabila sesuatu
hadis yang doif disebabkan majhul al-Hal, ia boleh dikuatkan untuk dijadiakan
sandaran hukum sama ada melalui syawahid atau mutaba-ah.
Didapati hadis ada beberapa SYAWAHID seperti berikut:
Pertama,
sahabat nabi yang bernama ABU HURAIRAH—hadis 25 yang menyebut berkenaan dua
tempat dilarang buang air besar, iaitu laluan orang ramai dan tempat orang
ramai berteduh.
Kedua, sahabat nabi bernama JABIR BIN ABDULLAH bahawa
Nabi saw bersabda:
حَدَّثَنَا
جَابِرُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ: «إِيَّاكُمْ وَالتَّعْرِيسَ عَلَى جَوَادِّ الطَّرِيقِ، وَالصَّلَاةَ
عَلَيْهَا، فَإِنَّهَا مَأْوَى الْحَيَّاتِ وَالسِّبَاعِ، وَقَضَاءَ الْحَاجَةِ
عَلَيْهَا، فَإِنَّهَا مِنَ الْمَلَاعِنِ»
"Janganlah kamu berehat, solat dan qadha’ hajat di tengah jalan.
Sebab ia adalah tempat ular dan binatang buas, dan ia juga tempat yang
dilaknat” (Ibn Majah, hadis no: 329—Doif)
Ketiga, ABDULLAH BIN UMAR berkata:
عَنْ سَالِمٍ،
عَنْ أَبِيهِ، أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «نَهَى أَنْ يُصَلَّى
عَلَى قَارِعَةِ الطَّرِيقِ، أَوْ يُضْرَبَ الْخَلَاءُ عَلَيْهَا، أَوْ يُبَالَ
فِيهَا»
“Nabi saw melarang dari menunaikan solat di laluan jalan atau qadha’
hajat di situ, atau kencing di situ” (Ibn Majah, hadis no: 330—doif)
Keempat, IBN ABBAS berkata bahawa dia dengar Rasulullah saw bersabda:
مَنْ، سَمِعَ
ابْنَ عَبَّاسٍ، يَقُولُ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ يَقُولُ: «اتَّقُوا الْمَلاعِنَ الثَّلاثَ» قِيلَ: مَا الْمَلاعِنُ يَا
رَسُولَ اللَّهِ؟ قَالَ: «أَنْ يَقْعُدَ أَحَدُكُمْ فِي ظِلٍّ يُسْتَظَلُّ فِيهِ،
أَوْ فِي طَرِيقٍ، أَوْ فِي نَقْعِ مَاءٍ»
Takutilah
kamu 3 punca orang mencela. Sahabat tanya: apa punca celaan itu, Wahai
Rasulullah? Jawab nabi: Seseorang kamu duduk di bawah teduhan atau pada laluan
atau pada sumber air” (Ahmad, hadisn no: 2715—doif)
Dari
empat hadis yang dikemukakan, didapati ada empat orang sahabat nabi selain Muaz
turut menyampaikan hadis yang kandungannya sama maksud dengan hadis Muaz.
Dengan
ini, hadis ini dapat disimpulkan seperti berikut:
a.
Kisah
hadis ini berkenaan perbualan Muaz bin Jabal dan Abdullah Bin Amru itu kekal
doif, kerana tidak ada sebarang riwayat yang menguatkan kisah tersebut.
b.
Tetapi,
berkenaan dengan pesanan agar berhati-hati dari qadha’ hajat di tiga tempat,
iaitu laluan air, laluan jalan dan tempat berteduh; ini boleh dijadikan
sandaran hukum. Ia disebut sebagai hasan lighairih, iaitu doif dari sudut
sanad, tetapi boleh dibuat hujah dari sudut matan.
Cuma
pelik sedikit apabila al-Hakim menganggap hadis ini sahih, lalu disokong oleh
al-Zahabi dengan tidak diketahui apa hujah mereka.
TAKHRIJ |
Ibn
Majah (329, 330), Ahmad (2715).
No comments:
Post a Comment