NABI LARANG SIKAT RAMBUT SETIAP HARI
عَنْ حُمَيْدٍ
الْحِمْيَرِيِّ وَهُوَ ابْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ قَالَ: لَقِيتُ رَجُلًا صَحِبَ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
كَمَا صَحِبَهُ أَبُو هُرَيْرَةَ، قَالَ: «نَهَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ يَمْتَشِطَ أَحَدُنَا كُلَّ يَوْمٍ، أَوْ يَبُولَ فِي
مُغْتَسَلِهِ»
“Rasulullah saw melarang salah seorang dari kami sikat
rambut setiap hari atau buang air kecil di tempat mandi”
SANAD ABU DAUD,
HADIS NO: 28 |
حَدَّثَنَا
أَحْمَدُ بْنُ يُونُسَ حَدَّثَنَا زُهَيْرٌ، عَنْ دَاوُدَ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ عَنْ حُمَيْدٍ الْحِمْيَرِيِّ وَهُوَ ابْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ قَالَ: لَقِيتُ رَجُلًا
صَحِبَ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَمَا صَحِبَهُ أَبُوهُرَيْرَةَ
SAHIH |
Apabila Tabiin bernama HUMAID AL-HIMYARI tidak
menyebut nama sahabat yang dia jumpa, menyebabkan ada dua tanggapan dalam
kalangan ulama hadis.
PERTAMA: Al-Baihaqi kata, hadis ini adalah MURSAL
SAHABI. Dalam erti kata lain, Tabiin ambil hadis terus dari Nabi dengan tidak
menyebut nama sahabat.
KEDUA: Pendapat al-Baihaqi ini dibantah oleh
al-Turkumani dengan alasan berikut;
[SATU] MURSAL SAHABI mesti dari sahabat kecil ambil
hadis dari Nabi dalam hal yang mereka tidak terlibat secara langsung dengan
nabi, seperti Abu Hurairah yang meriwayatkan hadis yang berkaitan keadaan
sebelum hijrah; hal ini tidak munasabah pada akal kerana Abu Hurairah memeluk
islam tujuh tahun selepas hijrah.
Ini bermakna, apa yang Abu Hurairah riwayatkan
kejadian sebelum Hijrah itu adalah dia ambil dari sahabat Nabi yang ada pada
era itu, seperti dia ambil hadis dari Abu Bakar al-Siddiq, atau Umar bin
al-Khattab atau sebagainya.
Dalam erti kata lain, mursal sahabi adalah sahabat
yang tidak berada di sesuatu kejadian bersama dengan Nabi, tetapi dia
riwayatkan hadis berkenaan kejadian terbabit.
Hal ini berbeza dengan hadis ini, bahawa yang
menceritakan hadis ini adalah tabiin, bukan sahabat. Justeru, dakwaan bahawa
hadis ini Mursal Sahabi adalah tidak tepat.
[DUA] Memandangkan HUMAID AL-HIMYARI yang merupakan
Tabiin yang ambil hadis dari sahabat ini adakah siqah, maka hadis ini boleh
diterima.
Adapun MUBHAM SAHABI, iaitu nama sahabat tidak disebut
secara jelas, ia tidak mencacatkan status hadis. Hal ini kerana, kecacatan
hadis dari kerangka MUBHAM, jika bermula dari TABIIN. Adapun Mubham dari
Sahabat, ia tidak mencacatkan hadis.
KESIMPULAN:
hadis ini sahih. Turut mengatakan hal yang sama adalah ARNAUT dan ALBANI.
Adapun dakwaan doif oleh Ibn Hazm, ALBANI membantah dengan menyatakan bahawa ia
tidak boleh diterima kerana rata-rata ulama hadis anggap dia siqah.
TAKHRIJ |
Al-Nasaie
(Kubra-235), Musnad Ahmad (17011)
No comments:
Post a Comment