AYAT QURAN PUJI ISTINJAK DENGAN AIR
عَنْ أَبِي
هُرَيْرَةَ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ: "نَزَلَتْ
هَذِهِ الْآيَةُ فِي أَهْلِ قُبَاءٍ: {فِيهِ رِجَالٌ يُحِبُّونَ أَنْ
يَتَطَهَّرُوا} [التوبة: 108] "، قَالَ: «كَانُوا يَسْتَنْجُونَ بِالْمَاءِ،
فَنَزَلَتْ فِيهِمْ هَذِهِ الْآيَةُ»
Daripada Abu Hurairah
bahawa nabi saw berkata: Ayat ini turun berkaitan dengan penduduk Quba:
"Di dalamnya ada orang-orang yang ingin membersihkan diri"
Abu Hurairah berkata:
"Mereka beristinja dengan air, maka ayat ini turun berkaitan dengan
mereka”
SANAD ABU DAUD, HADIS NO: 44 |
حَدَّثَنَا
مُحَمَّدُ بْنُ الْعَلَاءِ، أَخْبَرَنَا مُعَاوِيَةُ بْنُ هِشَامٍ، عَنْ يُونُسَ بْنِ الْحَارِثِ، عَنْ إِبْرَاهِيمَ بْنِ أَبِي مَيْمُونَةَ، عَنْ أَبِي صَالِحٍ،
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ
SAHIH LIGHAIRIH
(MATAN) |
Hadis ini doif dari sudut sanad dengan alasan berikut:
[a] Yunus bin al-haris (doif)
[b] Ibrahim bin Abi Maimunah (majhul al-Hal).
Namun, hadis ini ada syawahid dari sudut matan yang
boleh dilihat dalam penjelasan hadis. yang dengan itu, ia dikira sebagai SAHIH
LIGHAIRIH.
Turut mengatakan hadis ini sahih dari sudut matan
adalah AL-NAWAWI, IBN HAJAR, ARNAUT dan ALBANI.
No comments:
Post a Comment