KAYU SUGI ATAS TELINGA SAHABAT
عَنْ زَيْدِ
بْنِ خَالِدٍ الْجُهَنِيِّ قَالَ:
سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: «لَوْلَا أَنْ
أَشُقَّ عَلَى أُمَّتِي، لَأَمَرْتُهُمْ بِالسِّوَاكِ عِنْدَ كُلِّ صَلَاةٍ
Daripada Zaid bin Khalid Al-Juhani, dia berkata: Saya
mendengar Rasulullah saw bersabda: "Kalau tidak menjadi beban kepada
umatku, pasti aku perintahkan mereka bersugi pada setiap kali mahu menunaikan
solat"
قَالَ أَبُو سَلَمَةَ:
فَرَأَيْتُ زَيْدًا يَجْلِسُ فِي الْمَسْجِدِ، وَإِنَّ السِّوَاكَ مِنْ أُذُنِهِ
مَوْضِعَ الْقَلَمِ مِنْ أُذُنِ الْكَاتِبِ، فَكُلَّمَا قَامَ إِلَى الصَّلَاةِ
اسْتَاكَ
Kata Abu Salamah: Aku
nampak Zaid duduk di masjid sementara kayu sugi berada di telinganya
sepertimana pen yang diletakkan di telinga seorang penulis. Setiap kali dia
(Zaid) mahu menunaikan solat, pasti dia bersugi”
SANAD ABU DAUD, HADIS NO: 47 |
حَدَّثَنَا إِبْرَاهِيمُ بْنُ مُوسَى، أَخْبَرَنَا عِيسَى بْنُ يُونُسَ، حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ إِسْحَاقَ، عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ إِبْرَاهِيمَ التَّيْمِيِّ، عَنْ أَبِي سَلَمَةَ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ، عَنْ زَيْدِ بْنِ خَالِدٍ الْجُهَنِيِّ
SAHIH LIGAHIRIH (MATAN) |
Hadis ini SAHIH LIGHAIRIH (matan) dengan alasan:
a.
Dianggap sahih oleh Imam Tarmizi.
b.
Albani dan Arnaut sepakat kata, hadis ini sahih.
c.
Kalau ada masalah pun, hanya pada perawi
MUDALLIS bernama MUHAMMAD BIN ISHAQ yang dia riwayatkan hadis ini secara عنعنة. Namun, hadis ini ada SYAWAHID matan, iaitu hadis ke-46.
TAKHRIJ |
Al-Tarmizi
(22, 23), al-Nasaie (al-Kubra—3029, 3030), Ahmad (17048, 7853).
No comments:
Post a Comment