NABI BERSUGI SEHINGGA HAMPIR TERMUNTAH
عَنْ أَبِي
بُرْدَةَ عَنْ أَبِيهِ قَالَ: مُسَدَّدٌ قَالَ: «أَتَيْنَا رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى
اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَسْتَحْمِلُهُ فَرَأَيْتُهُ يَسْتَاكُ عَلَى لِسَانِهِ»
Abu Musa berkata (seperti dalam riwayat Musaddad):
Kami pernah berjumpa dengan Rasulullah saw untuk meminta baginda membawa kami,
lalu aku nampak baginda bersugi pada lidahnya
قَالَ أَبُو دَاوُدَ:
وَقَالَ سُلَيْمَانُ: قَالَ: دَخَلْتُ عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
وَهُوَ يَسْتَاكُ، وَقَدْ وَضَعَ السِّوَاكَ عَلَى طَرَفِ لِسَانِهِ، وَهُوَ
يَقُولُ: «إِهْ إِهْ» يَعْنِي يَتَهَوَّعُ.
Abu Musa berkata (seperti dalam riwayat Sulaiman): Aku
pernah menemui Nabi saw yang ketika itu baginda sedang bersugi. Baginda meletakkan
sugi pada hujung lidahnya sambil kedengaran: "Ih ih"—iaitu, mengeluarkan
suara seperti orang muntah.
قَالَ أَبُو
دَاوُدَ: قَالَ مُسَدَّدٌ: فَكَانَ حَدِيثًا طَوِيلًا وَلَكِنِّي اخْتَصَرْتُهُ
Kata Musaddad: Hadis ini pada asalnya adalah panjang,
tetapi aku ringkaskannya.
SANAD ABU DAUD,
HADIS NO: 49 |
حَدَّثَنَا
مُسَدَّدٌ، وَسُلَيْمَانُ بْنُ دَاوُدَ الْعَتَكِيُّ، قَالَا: حَدَّثَنَا حَمَّادُ بْنُ زَيْدٍ، عَنْ غَيْلَانَ بْنِ جَرِيرٍ، عَنْ أَبِي بُرْدَةَ، عَنْ أَبِيهِ
SAHIH |
Hadis ini sahih dengan alasan berikut;
A.
Semua perawi siqah.
B.
Semua adalah perawi bukhari.
C.
Semua adalah perawi muslim kecuali Musaddad sahaja.
D.
Ada dalam kitab Sahih Abu ‘Awanah.
E.
Disepakati sahih oleh ALBANI dan ARNAUT.
No comments:
Post a Comment