IKUT NABI
عَنْ أَبِي
هُرَيْرَةَ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «مَا
أَمَرْتُكُمْ بِهِ فَخُذُوهُ، وَمَا نَهَيْتُكُمْ عَنْهُ فَانْتَهُوا»
"Apa yang aku perintahkan maka ambillah, dan apa
yang aku larang maka tinggalkanlah”
SANAD IBN MAJAH,
HADIS NO: 1 |
حَدَّثَنَا
أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ، قَالَ: حَدَّثَنَا شَرِيكٌ، عَنِ الْأَعْمَشِ،
عَنْ أَبِي صَالِحٍ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ
DOIF SANAD, SAHIH
MATAN |
Hadis ini doif sanad kerana SYARIK adalah seorang yang
IKHTILAT selepas dia dilantik menjadi Qadhi di Kufah. Hadis ini pula, yang
ambil dari SYARIK adalah ULAMA KUFAH, iaitu ABU BAKAR BIN ABI SYAIBAH.
Namun begitu, dari sudut matan hadis, didapati
kandungannya bertepatan dengan firman Allah:
وَمَا آتَاكُمُ
الرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَاكُمْ عَنْهُ فَانْتَهُوا وَاتَّقُوا اللَّهَ
إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ (7) – الحشر
“Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada
kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarangNya kamu
melakukannya maka patuhilah laranganNya. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah;
sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksaNya (bagi orang-orang yang melanggar
perintahNya)”
Juga selaras dengan hadis riwayat al-Tarmizi:
عَنْ أَبِي
هُرَيْرَةَ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:
«اتْرُكُونِي مَا تَرَكْتُكُمْ، فَإِذَا حَدَّثْتُكُمْ، فَخُذُوا عَنِّي،
فَإِنَّمَا هَلَكَ مَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ بِكَثْرَةِ سُؤَالِهِمْ وَاخْتِلَافِهِمْ
عَلَى أَنْبِيَائِهِمْ»
“Tinggalkan aku akan perkara yang aku tinggalkan. Apabila aku bercakap
dengan kamu, maka ambillah kamu dariku. Hanyasanya terlah binasa umat sebelum
kamu kerana banyak soalan mereka dan perselisihan mereka terhadap para nabi
mereka” (al-Turmuzi, hadis no: 2679[1])
Juga selaras dengan hadis ke-2 dalam kitab ini yang
akan dibincangkan nanti
KESIMPULAN:
hadis ini adalah doif pada sanad, tetapi sahih pada matan.
[1]
SANAD TARMIZI:
حَدَّثَنَا
هَنَّادٌ قَالَ: حَدَّثَنَا أَبُو مُعَاوِيَةَ، عَنْ الأَعْمَشِ، عَنْ أَبِي
صَالِحٍ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ،
No comments:
Post a Comment