UMAR SEDIAKAN AIR UNTUK NABI BERSUCI
عَنْ عَائِشَةَ،
قَالَتْ: بَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقَامَ عُمَرُ
خَلْفَهُ بِكُوزٍ مِنْ مَاءٍ، فَقَالَ: «مَا هَذَا يَا عُمَرُ» ، فَقَالَ: هَذَا
مَاءٌ تَتَوَضَّأُ بِهِ، قَالَ: «مَا أُمِرْتُ كُلَّمَا بُلْتُ أَنْ أَتَوَضَّأَ،
وَلَوْ فَعَلْتُ لَكَانَتْ سُنَّةً»
Daripada
Aisyah dia berkata: Rasulullah saw buang air kecil, lalu
Umar berdiri di belakang baginda dengan membawa bekas air. Baginda pun
bersabda: "Apa ini wahai Umar?" Umar menjawab: "Air untuk bersuci". Baginda
bersabda: "Aku tidak diperintahkan setiap kali selesai buang air kencing
untuk bersuci, dan kalau aku melakukannya, maka ia menjadi amalan sunnah."
SANAD ABU DAUD, HADIS NO: 42 |
حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ،
وَ خَلَفُ بْنُ هِشَامٍ الْمُقْرِئُ، قَالَا: حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ يَحْيَى التَّوْأَمُ، ح وَحَدَّثَنَا عَمْرُو بْنُ عَوْنٍ، قَالَ: أَخْبَرَنَا
أَبُو يَعْقُوبَ التَّوْأَمُ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي مُلَيْكَةَ، عَنْ
أُمِّهِ، عَنْ عَائِشَةَ
DOIF-MUNGKAR |
Hadis ini dianggap doif dengan alasan berikut;
[a] Dari dua jalur
sanad hadis ini; kedua-duanya bermuarakan dari Abu Yaaqub al-Taw-am yang
merupakan PERAWI MAJHUL.
[b] Maimunah binti al-Walid juga seorang perawi MAJHUL
[c] Imam Nawawi dan
Arnaut kata, hadis ini doif.
[d] Tafarrud pada
Abdullah bin Abi Mulaikah.
Walaubagaimana pun, ALBANI
anggap sanad hadis ini HASAN dengan alasan-alasan berikut;
[a] Sanad hadis ini dikuatkan oleh al-Daraqutni.
[b] Orang yang ambil
hadis dari Abu Yaaqub ada 4 orang perawi siqah, iaitu ABU OSAMAH (IBN HIBBAN,
327), QUTAIBAH, KHALAF BIN HISHAM dan Al-Lais bin Sa’ad (Ibn Hibban, 2389).
Jadi, tidak kuat nak kata dia Majhul. Tambahan pula, bukan semua kata dia doif,
bahkan di sana terdapat ulama kata, dia siqah seperti ibn Hibban dan al-Nasaiem
dan Al-Zahabi kata, dia صويلح.
Walaupun ALBANI anggap
hasan dengan alasan ABU YAAQUB sahaja, tetapi didapati factor hadis ini doif
bukan factor ABU YAAQUB sahaja, bahkan ada factor-faktor lain seperti MAIMUMAH
dan TAFARRUD pula pada ABDULLAH BIN ABI MULAIKAH.
PENAMBAHAN: Hadis
ini menjelaskan bahawa nabi saw lebih selesa menggunakan batu berbanding air
semasa istinjak, sehinggakan apabila diberi oleh saidina Umar pun, Nabi saw
tidak menerima.
Hal ini kelihatan bercanggah dengan hadis
berikut;
عَنْ
عَائِشَةَ، قَالَتْ: «مَا رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ خَرَجَ مِنْ غَائِطٍ قَطُّ إِلَّا مَسَّ مَاءً»
Kata Aisyah: Aku tidak
pernah nampak Rasulullah saw keluar dari buang air besar kecuali pasti menyentuh
air” (Ibn Majah, hadis no: 354—Sahih)
Demikian juga
bercanggah dengan hadis-hadis akan datang yang semua hadis-hadis tersebut
adalah sahih.
Dari sudut status
hadis, jika berpegang dengan pendapat mengatakan hadis ini doif, sedangkan ia
bercanggah dengan hadis-hadis yang sahih yang lain, bermakna hadis ini adalah
hadis MUNGKAR, sedangkan hadis yang sahih yang banyak itu adalah hadis MA’RUF.
TAKHRIJ |
Ibn Majah
(327), Musnad Ahmad (24643).
No comments:
Post a Comment