Saturday, February 26, 2022

ABU AYUB QADHA' HAJAT DALAM BANGUNAN

ABU AYUB QADHA' HAJAT DALAM BANGUNAN

 

  عَنْ أَبِي أَيُّوبَ  رِوَايَةً قَالَ: «إِذَا أَتَيْتُمُ الْغَائِطَ فَلَا تَسْتَقْبِلُوا الْقِبْلَةَ بِغَائِطٍ وَلَا بَوْلٍ، وَلَكِنْ شَرِّقُوا أَوْ غَرِّبُوا» فَقَدِمْنَا الشَّامَ، فَوَجَدْنَا مَرَاحِيضَ قَدْ بُنِيَتْ قِبَلَ الْقِبْلَةِ، فَكُنَّا نَنْحَرِفُ عَنْهَا وَنَسْتَغْفِرُ اللَّهَ

Daripada Ayub yang dia riwayatkan bahawa Nabi saw bersabda: “Apabila kamu mendatangi tempat qadha’ hajat, maka janganlah kamu menghadap kiblat pada saat buang air besar dan buang air kecil, akan tetapi menghadaplah ke timur atau ke barat"

Kami pun ke Syam, ternyata kami dapati tempat-tempat buang hajat telah dibangunkan dalam bentuk menghadap kiblat, maka kami berpaling darinya dan memohon ampun kepada Allah.

 

SANAD ABU DAUD, HADIS NO: 9

 

حَدَّثَنَا مُسَدَّدُ بْنُ مُسَرْهَدٍ حَدَّثَنَا سُفْيَانُ عَنِ الزُّهْرِيِّ عَنْ عَطَاءِ بْنِ يَزِيدَ اللَّيْثِيِّ عَنْ أَبِي أَيُّوبَ 

 

SAHIH

 

Hadis ini dinilai SAHIH dengan alasan-alasan berikut;

[a] semua perawi hadis ini adalah rijal bukhari.

[b] hadis ini turut dikeluarkan oleh Imam Muslim dan Abu ‘Awanah dalam kitab sahih masing-masing.

[c] hadis ini disepakati sahih oleh Arnaut dan Albani.

 

 

No comments:

Post a Comment

AIR DIJILAT ANJING

  AIR DIJILAT ANJING   عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: «طُهُورُ إِنَاءِ أَحَدِكُمْ إِذَا وَ...