MENCARI TEMPAT KENCING
عن ابي التَّيَّاحِ قَالَ:
حَدَّثَنِي شَيْخ قَالَ : لَمَّا قَدِمَ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ عَبَّاسٍ
الْبَصْرَةَ، فَكَانَ يُحَدِّثُ عَنْ أَبِي مُوسَى، فَكَتَبَ عَبْدُ اللَّهِ إِلَى
أَبِي مُوسَى يَسْأَلُهُ عَنْ أَشْيَاءَ، فَكَتَبَ إِلَيْهِ أَبُو مُوسَى: إِنِّي
كُنْتُ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَاتَ يَوْمٍ
فَأَرَادَ أَنْ يَبُولَ، فَأَتَى دَمِثًا فِي أَصْلِ جِدَارٍ
فَبَالَ، ثُمَّ قَالَ: صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ «إِذَا أَرَادَ أَحَدُكُمْ
أَنْ يَبُولَ فَلْيَرْتَدْ لِبَوْلِهِ مَوْضِعًا»
Abu
al-Tayyah berkata: “Telah menceritakan kepada kami Seorang Syaikh yang mana dia
berkata: Tatkala Abdullah bin Abbas datang ke Basrah, ketika itu beliau
menceritakan hadis nabi yang berkaitan dengan Abu Musa; Abdullah menulis surat
kepada Abu Musa dalam rangka bertanya kepadanya tentang beberapa hal. Maka Abu
Musa menulis surat kepadanya (sebagai jawapan), sesungguhnya Aku pernah bersama
Rasulullah saw pada suatu hari, lalu baginda ingin buang air kecil, baginda pun
mendatangi tempat yang bertanah lembut yang berada di bawah dinding, kemudian
baginda bersabda: "Apabila salah seorang dari kamu hendak buang air kecil,
maka hendaklah dia mencari tempat yang bertanah lembut untuk kencingnya itu".
SANAD ABU DAUD, HADIS NO: 3 |
حَدَّثَنَا
مُوسَى بْنُ إِسْمَاعِيلَ حَدَّثَنَا حَمَّادٌ أَخْبَرَنَا
أَبُو التَّيَّاحِ قَالَ: حَدَّثَنِي شَيْخ قَالَ : لَمَّا قَدِمَ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ عَبَّاسٍ
الْبَصْرَةَ، فَكَانَ يُحَدِّثُ عَنْ أَبِي مُوسَى
HASAN LIGHAIRIH |
Diberikan kupasan dari sudut sanad hadis ini seperti
berikut;
KUPASAN PERTAMA:
Hadis ini dinilai doif kerana satu illat sahaja, iaitu
salah seorang perawi dalam hadis ini adalah mubham, iaitu apabila ABU AL-TAYYAH
mengambil hadis dari guru yang mubham dengan menyebut
حَدَّثَنِي شَيْخٌ (telah menceritakan
kepada aku seseorang guru).
Dengan alasan ini, ARNAUT mengatakan
bahawa hadis ini, dari sudut sanadnya doif. Pun begitu, beliau turut kemukakan
SYAWAHID,
iaitu kemukakan riwayat lain yang hampir sama dengan hadis ini—dalam al-Mukjam
al-Awsat, Al-Tibrani meriwayatkan daripada ABU HURAIRAH berkata:
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ: «كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَتَبَوَّأُ لِبَوْلِهِ كَمَا يَتَبَوَّأُ لِمَنْزِلِهِ»
“Nabi saw sentiasa mencari tempat untuk
kencingnya sepertimana baginda mencari untuk tempat tinggal baginda” (Hadis no:
3064)
Hadis ini doif kerana ada dua perawi
majhul, iaitu Yahya bin Ubaid dan bapanya sendiri, iaitu Ubaid. Walaubagaimana
pun, ia sekadar SYAWAHID kepada hadis Abu Daud ini kerana hadis ini bermuarakan
dari SAHABAT bernama ABU HURAIRAH.
KUPASAN KEDUA:
Turut sama kata doif adalah ALBANI dengan
hujah bahawa hadis ini ada perawi waham. Cuma ALBANI turut menukilkan pendapat
ulama hadis yang lain yang mengatakan ia doif, seperti Imam al-Baghawi,
al-Munziri, al-Nawawi dan al-‘Iraqi.
Namun begitu, ALBANI menjelaskan bahawa al-Sayuti
mengatakan hadis ini HASAN yang al-Imam al-Munawi mengatakan, kesimpulan
al-Sayuti itu kerana hadis ini ada syawahid. Dalam erti kata yang lain, hadis
ini bukan hasan Lizatih, tetapi hasan lighairih.
ALBANI tidak bersetuju dengan kupasan
al-Sayuti dan komentar al-Munawi tersebut dengan alasan bahawa beliau tidak
berjumpa satu riwayat pun yang menyokong kandungan hadis ini (nabi kencing di
bawah dinding—tanah di bawah dinding itu gembur serta nabi saw suruh mencari
tempat kencing). Dalam erti kata yang lain, kisah ini tidak boleh disandarkan
kepada Nabi saw sama-sekali.
Namun, ALBANI tidak membantah maksud yang terkandung dalam hadis
itu, iaitu apabila dikatakan bahawa perlu memastikan air kencing tidak merecik
semasa kencing. Hal ini bersandarkan kepada kaedah fiqh yang ada menyebut:
ما لا يقوم
الواجب إلا به فهو واجب
“tidak dapat melaksanakan sesuatu hal yang
wajib kecuali dengannya, maka melaksanakan hal itu adalah wajib juga”
Hal ini yang dapat difahami dari perkataan al-‘Azim Abadi dalam
kitab Aun al-Ma’bud:
والحديث
فيه مجهول، لكن لا يضر؛ فإن أحاديث الأمر بالتنزه عن البول تفيد ذلك
“Hadis ini, pada (sanadnya ada perawi)
majhul. Tetapi, ia tidak memudharatkan. Hal ini kerana, terdapat hadis-hadis yang
memberi faedah agar perlu bersih (terselamat dari percikan) air kencing”
KESIMPULAN
Dari dua kupasan ini, saya menilai seperti
berikut;
a.
Kandungan hadis bahawa kencing di bawah
dinding tidak boleh disandarkan kepada Nabi, kerana tidak terdapat satu riwayat
yang boleh menguatkan hal itu. Justeru, dakwaan nabi kencing di bawah dinding
adalah DOIF yang tidak boleh jadi HASAN LIGHAIRIH.
b.
Suruhan agar mencari tempat yang sesuai
semasa kencing, itu boleh disandarkan kepada Nabi, kerana hadis terbabit ada
syawahid (Abu Hurairah). Tambahan pula terdapat riwayat yang tidak lemah yang
lain yang juga boleh menjadi SYAWAHID—daripada Abu Qatadah berkata:
عن أبي قتادة قال: كَانَ رَسُولُ اللَّهِ
صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَرْتَادُ لِبَوْلِهِ كَمَا يَرْتَادُ
أَحَدُكُمْ لِصَلاتِهِ
“Nabi saw mencari tempat kencingnya sepertimana seseorang kamu
mencari tempat dia solat” (ibn Hibban riwayat dalam kitab al-Majruhin, hadis
no: 656)
Hadis ini ada perawi bernama Umar bin Harun yang
matruk. Justeru, hadis ini doif.
Justeru, suruhan Nabi saw agar mencari tempat yang
sesuai semasa kencing adalah doif, tetapi boleh dikuatkan sehingga menjadi
HASAN LIGHAIRIH.
c.
Dari sudut manat hadis ini, iaitu terhindar air
kencing dari merecik pada pakaian dan badan; hadis ini boleh dijadikan
sandaran. Inilah yang menjadi kupasan ALBANI. Hal ini kerana, di sana terdapat
banyak hadis lain yang menjurus kepada makna tersebut. (semua hadis-hadis itu
ada dalam perbincangan akan datang).
No comments:
Post a Comment