NABI AJAR UMAT SEPERTI BAPA AJAR ANAK
عَنْ أَبِي
هُرَيْرَةَ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «إِنَّمَا
أَنَا لَكُمْ بِمَنْزِلَةِ الْوَالِدِ، أُعَلِّمُكُمْ فَإِذَا أَتَى أَحَدُكُمُ
الْغَائِطَ فَلَا يَسْتَقْبِلِ الْقِبْلَةَ، وَلَا يَسْتَدْبِرْهَا وَلَا
يَسْتَطِبْ بِيَمِينِهِ، وَكَانَ يَأْمُرُ بِثَلَاثَةِ أَحْجَارٍ، وَيَنْهَى عَنِ
الرَّوْثِ وَالرِّمَّةِ»
Daripada
Abu Hurairah berkata, Nabi saw ada bersabda: "Sesungguhnya aku di sisi
kamu hanyalah seperti kedudukan bapa. Aku ajarkan kepada kamu; apabila salah
seorang dari kamu hendak buang air, janganlah menghadap kiblat, jangan pula
membelakanginya dan jangan beristinja dengan tangan kanan; Baginda menyuruh
untuk beristinja dengan tiga batu, serta melarang beristinja dengan najis
binatang dan tulang”
SANAD ABU DAUD, HADIS NO: 8 |
حَدَّثَنَا
عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مُحَمَّدٍ النُّفَيْلِيُّ حَدَّثَنَا ابْنُ
الْمُبَارَكِ عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ
عَجْلَانَ عَنِ الْقَعْقَاعِ بْنِ حَكِيمٍ عَنْ أَبِي صَالِحٍ عَنْ أَبِي
هُرَيْرَةَ
SAHIH |
Hadis
ini, dinilai SAHIH dengan alasan berikut:
[a]
Hadis ini
dikeluarkan juga oleh Abu ‘Awanah, Ibn Khuzaimah dan Ibn Hibban dalam kitab
sahih masing-masing.
[b]
semua perawi dalam hadis ini adalah rijal Muslim.
Albani
mendakwa bahawa hadis ini hasan kerana semua perawi adalah rijal sahih muslim kecuali
IBN ‘AJLAN sahaja diriwayatkan oleh Muslim secara mutaba-ah.
Namun, apabila diteliti, didapati dakwaan ALBANI itu
tidak tepat. Hal ini kerana, Imam Muslim pernah riwayatkan hadis dari IBN AJLAN
bukan secara mutaba-ah. Hal ini boleh dilihat pada hadis no: 595.
Dengan ini, kelihatan pendapat ARNAUT dan imam Nawawi
yang mengatakan hadis ini sahih adalah lebih kuat.
No comments:
Post a Comment