LARANGAN QADHA' HAJAT MENGADAP QIBLAT
عَنْ مَعْقِلِ
بْنِ أَبِي مَعْقِلٍ الْأَسَدِيِّ، قَالَ:
«نَهَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ نَسْتَقْبِلَ
الْقِبْلَتَيْنِ بِبَوْلٍ أَوْ غَائِطٍ»
Daripada
Ma’qil bin Abi Ma’qil al-Asadi berkata: “Rasulullah saw melarang kita menghadap
dua kiblat pada saat buang air besar atau buang air kecil”
SANAD ABU DAUD, HADIS NO: 10 |
حَدَّثَنَا
مُوسَى بْنُ إِسْمَاعِيلَ حَدَّثَنَا وُهَيْبٌ حَدَّثَنَا عَمْرُو بْنُ يَحْيَى عَنْ أَبِي
زَيْدٍعَنْ مَعْقِلِ بْنِ أَبِي مَعْقِلٍ الْأَسَدِيِّ
DOIF |
Hadis
ini dinilai DOIF dengan alasan-alasan berikut;
[a]
ABU ZAID Maula
Bani Tsa’labah merupakan seorang yang MAJHUL.
[b] hadis ini di semua kitab-kitab hadis, semua
sanadnya bermuarakan dari ABU ZAID. Bermakna, hadis ini tafarrud dari perawi
doif.
Dengan sebab itu, ALBANI menganggap hadis ini sebagai
MUNGKAR, sedangkan ARNAUT anggap hadis ini sebagai doif.
Walaubagaimana pun, Imam al-Nawawi mengatakan sanad
hadis ini baik dengan alasan bahawa Imam Abu Daud tidak memberi komentar
berkenaan hadis ini. Justeru, dianggap
bahawa kemungkinan Abu Daud tidak mendoifkannya.
No comments:
Post a Comment