DOA MASUK TANDAS
عَنْ أَنَسٍ بِهَذَا الْحَدِيثِ، قَالَ: «اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ
بِكَ» وَقَالَ شُعْبَةُ: وَقَالَ مَرَّةً: «أَعُوذُ بِاللَّهِ»
Daripada Anas dengan
lafaz hadis ini, dia (Syu'bah) meriwayatkan (dari Abdul Aziz dengan lafaz): "Ya
Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu."
Syu'bah mengatakan: Abdul Aziz dalam kesempatan lain
meriwayatkan (dengan lafaz): "Aku berlindung kepada Allah."
SANAD ABU DAUD, HADIS NO: 5 |
حَدَّثَنَا
الْحَسَنُ بْنُ عَمْرٍو يَعْنِي السَّدُوسِيَّ حَدَّثَنَا وَكِيعٌ عَنْ شُعْبَةَ
عَنْ عَبْدِ الْعَزِيزِ هُوَ ابْنُ صُهَيْبٍ عَنْ أَنَسٍ
SAHIH |
Syuaib al-Arnaut mengatakan hadis ini sahih dengan
alasan berikut:
a.
Walaupun ada pertikaian terhadap al-Hasan bin Amru
al-Sadusi (guru Imam Abu Daud) oleh abu al-fath al-Azdi, tetapi pertikaian itu
dibantah oleh Ibn Hajar al-Asqalani.
b.
Didapati ramai murid-murid al-Hasan bin Amru al-Sadusi
yang siqah mengambil hadis darinya seperti al-Imam al-Bukhari dan Ibrahim bin
Rashid bin Sulaiman.
c.
Ibn Hibban menyenaraikan al-HASAN BIN AMRU AL-SADUSI
sebagai salah seorang dari kalangan perawi siqah dalam kitab beliau “al-Siqat”.
-
Ramai ulama hadis mengatakan bahawa Abu Daud tidak
akan ambil hadis kecuali dari siqah.
ALBANI juga mengatakan hadis ini sahih dengan
hujah-hujah berikut;
a.
Hadis ini sahih atas syarat al-Bukhari.
b.
Hadis ini terdapat dalam beberapa buah kitab
hadis dengan sanad yang sahih seperti
Abu ‘Awanah, al-Tarmizi, al-Darimi; semuanya dari jalur perawi bernama Hammad
bin Zaid.
Hadis ini juga ada dalam kitab al-Adab al-Mufrad karya
al-bukhari yang sanadnya sahih atas syarat Imam Muslim.
No comments:
Post a Comment