NABI DITANYA BERKENAAN AIR DI TENGAH PADANG
عَنْ عَبْدِ
اللَّهِ بْنِ عُمَرَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
سُئِلَ عَنِ الْمَاءِ يَكُونُ فِي الْفَلَاةِ فَذَكَرَ مَعْنَاهُ
Daripada Abdullah bin Umar bahawa Rasulullah saw
ditanya berkenaan yang berada di padang lapang, maka dia (Muhammad bin Ishaq)
menyebut makna (hadis ini)
SANAD ABU DAUD, HADIS NO: 64 |
حَدَّثَنَا
مُوسَى بْنُ إِسْمَاعِيلَ حَدَّثَنَا حَمَّادٌ
ح وَحَدَّثَنَا أَبُو كَامِلٍ حَدَّثَنَا يَزِيدُ يَعْنِي ابْنَ زُرَيْعٍ عَنْ
مُحَمَّدِ بْنِ إِسْحَاقَ عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ جَعْفَرٍ قَالَ أَبُو كَامِلٍ:
ابْنُ الزُّبَيْرِ: عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ عَنْ
أَبِيهِ
HASAN |
[1] HASAN
A.
Arnaut kata, sanadnya hasan. Albani kata, hasan sahih.
B.
Kata Arnaut, muhammad bin Ishaq—Soduq. Namun, dalam
riwayat AL-DARAQUTNI,
digunakan lafaz TAHDIS. Justeru, ternafi syubhat TADLIS.
C.
Albani kata, semua perawi hadis ini siqah dan ma’ruf.
A.
Albani kata, hadis ini ada mutaba-ah, iaitu hadis عاصم بن المنذر, iaitu hadis ke-65.
[2] Ulama selisih pendapat dalam menentukan status
MUHAMMAD BIN ISHAQ, sehinggakan ada pendapat kata dia seorang KAZZAB dan DAJJAL.
[Al-Bazl: 1/146]
[3] SANAD
Hadis ini, Abu Daud ambil dari dua orang guru yang
sanadnya seperti berikut:
a.
Abu Daud – Musa bin Ismail – hammad – Muhammad bin
Ishaq (sampai habis sanad)
b.
Abu Daud – Abu kamil – Yazid bin Zurai’ – Muhammad bin
ishaq (sampai habis sanad)
Menurut Abu Daud, dari jalur MUSA BIN ISMAIL,
disebutkan nama perawi ke-3 sebagai MUHAMMAD BIN JAAFAR sahaja, tetapi dalam
jalur ABU KAMIL, disebut dengan MUHAMMAD BIN JAAFAR BIN AL-ZUBAIR.
No comments:
Post a Comment