KADAR DUA KOLAH AIR
عَبْدِ اللَّهِ
بْنِ عُمَرَ قَالَ: سُئِلَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنِ
الْمَاءِ وَمَا يَنُوبُهُ مِنَ الدَّوَابِّ وَالسِّبَاعِ
فَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «إِذَا كَانَ
الْمَاءُ قُلَّتَيْنِ لَمْ يَحْمِلِ الْخَبَثَ»
Abdullah bin Umar berkata: Rasulullah saw ditanya
berkenaan air dan binatang melata dan binatang buas yang singgah di situ.
Rasulullah menjawab: Apabila air dua kolah, maka ia
tidak menanggung kotoran.
SANAD ABU DAUD, HADIS NO: 63 |
حَدَّثَنَا
مُحَمَّدُ بْنُ الْعَلَاءِ وَعُثْمَانُ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ وَالْحَسَنُ بْنُ عَلِيٍّ وَغَيْرُهُمْ،
قَالُوا: حَدَّثَنَا أَبُو أُسَامَةَ عَنِ
الْوَلِيدِ بْنِ كَثِيرٍ عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ جَعْفَرِ بْنِ الزُّبَيْرِ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ عَنْ أَبِيهِ قَالَ
SAHIH |
[1] SAHIH
A.
Disepakati sahih oleh AL-ARNAUT dan ALBANI.
B.
Dalam penjelasan ARNAUT, Khilaf berkenaan guru
AL-WALID BIN KATHIR tidak memudharatkan hadis, kerana MUHAMMAD BIN UBBAD dan
MUHAMMAD BIN JA’AFAR adalah guru kepada AL-WALID. Hal ini diakui oleh
AL-DARAQUTNI dan AL-HAKIM.
C.
Dalam penjelasan ALBANI pula, hadis ini Ikut syarat
BUKHARI dan MUSLIM. Turut akui perkara yang sama oleh AL-HAKIM dan AL-ZAHABI.
Ibn Mandah pula kata, ia ikut SYARAT MUSLIM. Semua jalur sanad hadis ini
bermuarakan dari AL-WALID BIN KATHIR.
D.
ALBANI Juga kata, ia turut disahihkan oleh AL-NAWAWI,
AL-TAHAWI, IBN KHUZAIMAH, IBN HIBBAN dan IBN HAJAR AL-ASQALANI.
E.
Al-hakim dan al-Zahabi juga kata hadis ini sahih.
[2] DAKWAAN IDHTIRAB SANAD
Dalam sanad hadis bab ini, AL-WALID BIN KATHIR yang
ambil hadis dari MUHAMMAD BIN JAAFAR BIN AL-ZUBAIR.
Ini turut ada dalam riwayat MUHAMMAD BIN AL-‘ALA,
HANNAD BIN AL-SARI, AL-HUSIN BIN HURAIS (lihat dalam al-Nasaie), ABU BAKAR BIN
ABI SYAIBAH (musannaf ibn abi syaibah, sahih ibn Hibban, Mustadrak al-Hakim,
Sunan al-Daraqutni), AL-HASAN BIN ALI BIN AFFAN AL-‘AMIRI (al-Hakim dan
al-Baihaqi), ISHAQ BIN RAHWIYYAH (al-Daraqutni, al-Hakim), YAHYA BIN HASSAAN
(al-Tahawi), AHMAD BIN JAA’FAR AL-WAKI’IE, ABU UBAIDAH BIN ABI AL-SAFAR,
MUHAMMAD BIN ‘ABADAH, HAJIB BIN SULAIMAN, YA’QUB AL-DAWRAQI, HARUN AL-HAMMAL
(al-Daraqutni)
Ada dakwaan lain pula mengatakan seperti berikut;
a.
WALID ambil dari MUHAMMAD BIN AL-ZUBAIR.
b.
WALID ambil dari MUHAMMAD BIN UBBAD BIN JAA’FAR
MASALAH KEDUA: siapa perawi ke-2?
a.
Apakah UBAIDULLAH BIN ABDILLAH BIN UMAR, atau;
b.
ABDULLAH BIN ABDILLAH BIN UMAR?
IBN DAQIQ AL-‘AID kata, hadis ini sahih atas pendekatan
para ulama fiqh. walaupun ia ada
idhtirab sanad, tetapi ada kemungkinan untuk nak himpunkan (الجمع) pada semua riwayat.
Komen dari MAHMUD MUHAMMAD KHATTAB AL-SUBKI dalam
kitab AL-MANHAL AL-‘AZB AL-MAURUD SYARH SUNAN AL-IMAM ABI DAUD (1/223), di sini
ada waham.
Sebenar, perawi ini adalah UBAIDULLAH bukan ABDULLAH
(kedua-dua ini adalah adik beradik). Hal ini kerana, individu yang belajar dari
ABDULLAH adalah MUHAMMAD BIN UBBAD BIN JA’AFAR, sedangkan perawi dalam sanad
ini adalah MUHAMMAD BIN JA’FAR BIN AL-ZUBAIR.
Justeru, perawi dalam hadis ini adalah UBAIDULLAH
bukan ABDULLAH.
Menurut IBN HAJAR AL-ASQALANI dalam al-Talkhis bahawa
sanad yang sebenar hanya dua sanad sahaja, selain dari itu adalah waham. Dua
sanad tersebut adalah seperti berikut:
a.
AL-WALID ambil dari MUHAMMAD BIN UBBAD BIN JAAFAR
ambil dari ABDULLAH BIN UMAR
b.
AL-WALID ambil dari MUHAMMAD BIN JAAFAR BIN AL-ZUBAIR
ambil dari UBAIDULLAH (Al-minhal: 1/223)
Walaubagaimana pun, KHATTAB AL-SUBKI menyatakan,
bahawa sememangnya AL-WALID BIN KATHIR pernah belajar dari MUHAMMAD BIN UBBAD
dan MUHAMMAD BIN JA’FAR. Beliau turut mengatakan, hal ini pernah disebut oleh
AL-BAIHAQI. (al-Minhal: 1/226 & 231)
Dengan itu,
hadis ini boleh dijadikan sandaran hujah. Apatah lagi, Al-Hakim kata, hadis ini
memadai dianggap sahih kerana mengikut SYARAT DUA SYAIKH (BUKHARI DAN MUSLIM)
[3] KOMEN ABU
DAUD
Hadis ini, Abu
Daud ambil dari tiga orang gurunya; (1) MUHAMMAD BIN AL-‘ALA, (2) OSMAN BIN ABI
SYAIBAH dan (3) AL-HASAN BIN ALI.
Menurut Abu
Daud, sanad hadis ini dalam riwayat guru (1), sedangkan dalam riwayat guru (2)
dan (3), Sanad hadis ini bukan dari MUHAMMAD BIN JA’FAR BIN AL-ZUBAIR, tetapi
MUHAMMAD BIN ‘ABBAD BIN JA’FAR.
قَالَ أَبُو
دَاوُدَ: وَهَذَا لَفْظُ ابْنُ الْعَلَاءِ، وَقَالَ عُثْمَانُ، وَالْحَسَنُ بْنُ
عَلِيٍّ: عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ عَبَّادِ بْنِ جَعْفَرٍ
Pada Abu Daud, riwayat
dari guru (2) dan (3) ini lebih benar.
قَالَ أَبُو
دَاوُدَ: وَهُوَ الصَّوَابُ
Dalam
perkataan lain, riwayat yang menyatakan bahawa perawi dalam sanad hadis (MUHAMMAD
BIN JAAFAR BIN AL-ZUBAIR) di atas adalah WAHAM.
No comments:
Post a Comment