Monday, April 4, 2022

GOSOK TANGAN PADA TANAH SELEPAS ISTINJAK DENGAN AIR

 GOSOK TANGAN PADA TANAH SELEPAS ISTINJAK DENGAN AIR

 

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ: «كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا أَتَى الْخَلَاءَ، أَتَيْتُهُ بِمَاءٍ فِي تَوْرٍ أَوْ رَكْوَةٍ فَاسْتَنْجَى»

Daripada Abu Hurairah berkata: Apabila Nabi saw hendak masuk tempat qadha’ hajat, aku membawakannya air dalam bekas air, lalu baginda beristinja dengannya.

 

قَالَ أَبُو دَاوُدَ: فِي حَدِيثِ وَكِيعٍ: «ثُمَّ مَسَحَ يَدَهُ عَلَى الْأَرْضِ، ثُمَّ أَتَيْتُهُ بِإِنَاءٍ آخَرَ فَتَوَضَّأَ»

Abu Daud menyebutkan dalam hadits Waki': "Kemudian baginda mengusapkan tangannya ke tanah, lalu aku membawakannya satu bekas air lagi, dan baginda pun berwudhu dengannya”

  

SANAD ABU DAUD, HADIS NO: 45

 

حَدَّثَنَا إِبْرَاهِيمُ بْنُ خَالِدٍ، حَدَّثَنَا أَسْوَدُ بْنُ عَامِرٍ، حَدَّثَنَا شَرِيكٌ- وَهَذَا لَفْظُهُ - ح وَحَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ يَعْنِي الْمُخَرَّمِيَّ، حَدَّثَنَا وَكِيعٌ، عَنْ شَرِيكٍ، عَنْ إِبْرَاهِيمَ بْنِ جَرِيرٍ، عَنْ أَبِي زُرْعَةَ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ

 

PENJELASAN:

Kalau dilihat dalam naskhah terbitan India dan Mesir, ada perawi bernama AL-MUGHIRAH antara Ibrahim bin jarir dan Abu Zur’ah. Namun dalam naskhah yang telah ditashihkan, nama mughirah tidak ada.

عن شريك عن إبراهيم بن جرير عن المغيرة عن أبي زرعهَ عن أبي هريرة

 

HADIS INI JALUR SYARIK:

 

Satu: sanad Abu Daud:

حَدَّثَنَا إِبْرَاهِيمُ بْنُ خَالِدٍ، حَدَّثَنَا أَسْوَدُ بْنُ عَامِرٍ، حَدَّثَنَا شَرِيكٌ - وَهَذَا لَفْظُهُ - ح وَحَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ يَعْنِي الْمُخَرَّمِيَّ، حَدَّثَنَا وَكِيعٌ، عَنْ شَرِيكٍ، عَنْ إِبْرَاهِيمَ بْنِ جَرِيرٍ، عَنْ أَبِي زُرْعَةَ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ

 

Sanad: Ibn Majah (358)

حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ وَعَلِيُّ بْنُ مُحَمَّدٍ، قَالَا: حَدَّثَنَا وَكِيعٌ، عَنْ شَرِيكٍ، عَنْ إِبْرَاهِيمَ بْنِ جَرِيرٍ، عَنْ أَبِي زُرْعَةَ بْنِ عَمْرِو بْنِ جَرِيرٍ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ،

 

PENJELASAN: Dalam sanad Abu Daud ada dua jalur yang kedua-dua ini bermuarakan dari SYARIK. Perbezaannya adalah, pada jalur pertama, perawi yang ambil dari SYARIK adalah ASWAD BIN ‘AMIR yang merupakan penduduk Baghdad, sedangkan pada jalur kedua, perawi yang ambil dari SYARIK adalah WAKI’ yang merupakan penduduk Kufah.

 

SYARIK adalah perawi yang berada di dua fasa; iaitu, fasa di Baghdad dan fasa di Kufah. Dia adalah perawi ikhtilat selepas dia berhijrah ke Kufah.

 

Dengan ini dapat difahami bahawa pada JALUR PERTAMA, iaitu SYARIK diambil hadis oleh ASWAD adalah jalur yang SAHIH, sedangkan pada JALUR KEDUA, iaitu SYARIK diambil hadis oleh WAKI’ adalah DOIF.

 

Apabila dilihat pada sanad Ibn Majah pula, didapati yang ambil hadis dari SYARIK adalah WAKI’. Dengan ini dapat disimpulkan, sanad Ibn Majah berkenaan hadis ini adalah DOIF.

 

SAHIH

 

Hadis ini dikuatkan dengan matan berikut;

 

a.                  Hadis 43:

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ، «أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ دَخَلَ حَائِطًا، وَمَعَهُ غُلَامٌ مَعَهُ مِيضَأَةٌ، وَهُوَ أَصْغَرُنَا فَوَضَعَهَا عِنْدَ السِّدْرَةِ، فَقَضَى حَاجَتَهُ، فَخَرَجَ عَلَيْنَا وَقَدْ اسْتَنْجَى بِالْمَاءِ»

 

b.                  Hadis Ibn Majah (354)

 

عَنْ عَائِشَةَ، قَالَتْ: «مَا رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَرَجَ مِنْ غَائِطٍ قَطُّ إِلَّا مَسَّ مَاءً» - ابن ماجة, 354 (صحيح)

Kata Aisyah: Aku tidak pernah nampak Rasulullah saw keluar dari buang air besar kecuali pasti menyentuh air”

 

c.                   Al-Nasaie (51) (DOIF-MUNQATI’)

عَنْ جَرِيرٍ قَالَ: كُنْتُ مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَأَتَى الْخَلَاءَ فَقَضَى الْحَاجَةَ، ثُمَّ قَالَ: «يَا جَرِيرُ هَاتِ طَهُورًا» .، فَأَتَيْتُهُ بِالْمَاءِ فَاسْتَنْجَى بِالْمَاءِ - وَقَالَ: بِيَدِهِ - فَدَلَكَ بِهَا الْأَرْضَ[1]

 

KOMENTAR: dalam sanad hadis ini, dipamerkan bahawa IBRAHIM ambil hadis dari bapanya, JARIR BIN ABDILLAH. Semua sepakat menyatakan bahawa IBRAHIM tidak mendengar hadis dari bapanya, kerana semasa bapanya meninggal dunia, dia masih bayi lagi. Dengan ini disimpulkan bahawa hadis ini mungqati’—terputus sanad.

 

PENDAPAT ULAMA

 

Hadis ini terdapat dalam kitab SAHIH IBN HIBBAN:

 

أَخْبَرَنَا إِسْحَاقُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ بْنِ إِسْمَاعِيلَ، بِبُسْتَ، حَدَّثَنَا عُبَيْدُ بْنُ آدَمَ بْنِ أَبِي  إِيَاسٍ، قَالَ: حَدَّثَنَا أَبِي، قَالَ: حَدَّثَنَا شَرِيكٌ، قَالَ: حَدَّثَنَا إِبْرَاهِيمُ بْنُ جَرِيرٍ، عَنْ أَبِي زُرْعَةَ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ: «دَخَلَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْخَلَاءَ، فَأَتَيْتُهُ بِمَاءٍ فِي تَوْرٍ أَوْ رَكْوَةٍ، فَاسْتَنْجَى بِهِ، وَمَسَحَ يَدَهُ الْيُسْرَى عَلَى الْأَرْضِ، فَغَسَلَهَا، ثُمَّ أَتَيْتُهُ بِإِنَاءٍ فَتَوَضَّأَ» - أبن حبان, 1405

 

KOMEN: hadis Ibn Hibban ini bermuarakan dari SYARIK yang ambil hadis darinya adalah ADAM BIN ABI IYAS yang merupakan penduduk Kufah. Dengan ini dapat disimpulkan bahawa dalam sanad Ibn Hibban juga hadis ini doif. Adapun dia riwayatkan dalam kitab sahihnya, sudah diketahui umum bahawa dia terkenal sebagai TASAHUL.

 

Didapati bahawa ARNAUT dan ALBANI sepakat menyatakan bahawa hadis ini adalah HASAN.

 

TAKHRIJ

 

Al-Nasaie (48), Ibn Majah (358, 473), Ahmad (8104), Ibn Hibban (1405)

 

 

 



[1] أَخْبَرَنَا أَحْمَدُ بْنُ الصَّبَّاحِ قَالَ: حَدَّثَنَا شُعَيْبٌ يَعْنِي ابْنَ حَرْبٍ قَالَ: حَدَّثَنَا أَبَانُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ الْبَجَلِيُّ قَالَ: حَدَّثَنَا إِبْرَاهِيمُ بْنُ جَرِيرٍ، عَنْ أَبِيهِ...قَالَ أَبُو عَبْدِ الرَّحْمَنِ: هَذَا أَشْبَهُ بِالصَّوَابِ مِنْ حَدِيثِ شَرِيكٍ، وَاللَّهُ سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى أَعْلَمُ"

AYAT QURAN PUJI ISTINJAK DENGAN AIR

 AYAT QURAN PUJI ISTINJAK DENGAN AIR

 

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ: "نَزَلَتْ هَذِهِ الْآيَةُ فِي أَهْلِ قُبَاءٍ: {فِيهِ رِجَالٌ يُحِبُّونَ أَنْ يَتَطَهَّرُوا} [التوبة: 108] "، قَالَ: «كَانُوا يَسْتَنْجُونَ بِالْمَاءِ، فَنَزَلَتْ فِيهِمْ هَذِهِ الْآيَةُ»

 

Daripada Abu Hurairah bahawa nabi saw berkata: Ayat ini turun berkaitan dengan penduduk Quba: "Di dalamnya ada orang-orang yang ingin membersihkan diri"

Abu Hurairah berkata: "Mereka beristinja dengan air, maka ayat ini turun berkaitan dengan mereka”

 

SANAD ABU DAUD, HADIS NO: 44

 

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْعَلَاءِ، أَخْبَرَنَا مُعَاوِيَةُ بْنُ هِشَامٍ، عَنْ يُونُسَ بْنِ الْحَارِثِ، عَنْ إِبْرَاهِيمَ بْنِ أَبِي مَيْمُونَةَ، عَنْ أَبِي صَالِحٍ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ

 

SAHIH LIGHAIRIH (MATAN)

 

Hadis ini doif dari sudut sanad dengan alasan berikut:

[a] Yunus bin al-haris (doif)

[b] Ibrahim bin Abi Maimunah (majhul al-Hal).

 

Namun, hadis ini ada syawahid dari sudut matan yang boleh dilihat dalam penjelasan hadis. yang dengan itu, ia dikira sebagai SAHIH LIGHAIRIH.

 

Turut mengatakan hadis ini sahih dari sudut matan adalah AL-NAWAWI, IBN HAJAR, ARNAUT dan ALBANI.

 

 

 

 

Sunday, April 3, 2022

KANAK-KANAK KHIDMAT NABI

 KANAK-KANAK KHIDMAT NABI

 

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ، «أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ دَخَلَ حَائِطًا، وَمَعَهُ غُلَامٌ مَعَهُ مِيضَأَةٌ، وَهُوَ أَصْغَرُنَا فَوَضَعَهَا عِنْدَ السِّدْرَةِ، فَقَضَى حَاجَتَهُ، فَخَرَجَ عَلَيْنَا وَقَدْ اسْتَنْجَى بِالْمَاءِ»

 

Daripada Anas bin Malik bahawa Rasulullah memasuki sebuah kebun bersama seorang anak kecil yang membawa bejana air wudhu. Anak kecil itu adalah orang yang paling kecil dalam kalangan kami. Dia meletakkan tempat air wudhu tersebut di samping pohon bidara, kemudian baginda membuang hajatnya, lalu keluar menemui kami sementara baginda telah beristinja’menggunakan air”

 

SANAD ABU DAUD, HADIS NO: 43

 

حَدَّثَنَا وَهْبُ بْنُ بَقِيَّةَ، عَنْ خَالِدٍ يَعْنِي الْوَاسِطِيَّ، عَنْ خَالِدٍ يَعْنِي الْحَذَّاءَ، عَنْ عَطَاءِ بْنِ أَبِي مَيْمُونَةَ، عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ

 

SAHIH

 

Hadis ini sahih dengan alasan berikut

A.                  Syarat muslim.

B.                  Bukhari, muslim dan Abu ‘Awanah keluarkan hadis ini.

C.                  Disepakati sahih oleh ALBANI dan ARNAUT.

 

TAKHRIJ

 

Al-Nasaie (al-Kubra, 47[1])

قَالَ: سَمِعْتُ أَنَسَ بْنَ مَالِكٍ، يَقُولُ: كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ «إِذَا دَخَلَ الْخَلَاءَ أَحْمِلُ أَنَا وَغُلَامٌ مَعِي نَحْوِي إِدَاوَةً مِنْ مَاءٍ فَيَسْتَنْجِي بِالْمَاءِ»

 

dan Al-Bukhari (150, 217[2]): hadis anas

سَمِعْتُ أَنَسَ بْنَ مَالِكٍ، يَقُولُ كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ «إِذَا خَرَجَ لِحَاجَتِهِ، أَجِيءُ أَنَا وَغُلاَمٌ، مَعَنَا إِدَاوَةٌ مِنْ مَاءٍ، يَعْنِي يَسْتَنْجِي بِهِ»

 

Muslim (270, 271[3]), lafaz sama dengan Abu Daud.

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «دَخَلَ حَائِطًا وَتَبِعَهُ غُلَامٌ مَعَهُ مِيضَأَةٌ، هُوَ أَصْغَرُنَا، فَوَضَعَهَا عِنْدَ سِدْرَةٍ، فَقَضَى رَسُولُ اللهِ صلَّى اللهِ عليْهِ وسلَّمَ حَاجَتَهُ، فَخَرَجَ عَلَيْنَا وَقَدِ اسْتَنْجَى بِالْمَاءِ»

 

Musnad Ahmad (12100[4])

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ: «كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا تَبَرَّزَ لِحَاجَتِهِ، أَتَيْتُهُ بِمَاءٍ فَيَغْسِلُ بِهِ»

 

 



[1] أَخْبَرَنَا إِسْحَاقُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ، قَالَ: أَخْبَرَنَا النَّضْرُ، قَالَ: حَدَّثَنَا شُعْبَةُ، عَنْ عَطَاءِ بْنِ أَبِي مَيْمُونَةَ

 [2] حَدَّثَنَا أَبُو الوَلِيدِ هِشَامُ بْنُ عَبْدِ المَلِكِ قَالَ: حَدَّثَنَا شُعْبَةُ، عَنْ أَبِي مُعَاذٍ، وَاسْمُهُ عَطَاءُ بْنُ أَبِي مَيْمُونَةَ قَالَ: سَمِعْتُ أَنَسَ بْنَ مَالِكٍ

 [3] حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ يَحْيَى، أَخْبَرَنَا خَالِدُ بْنُ عَبْدِ اللهِ، عَنْ خَالِدٍ، عَنْ عَطَاءِ بْنِ أَبِي مَيْمُونَةَ

 [4] حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ، حَدَّثَنَا رَوْحُ بْنُ الْقَاسِمِ، عَنْ عَطَاءِ بْنِ أَبِي مَيْمُونَةَ

UMAR SEDIAKAN AIR UNTUK NABI BERSUCI

 UMAR SEDIAKAN AIR UNTUK NABI BERSUCI

 

عَنْ عَائِشَةَ، قَالَتْ: بَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقَامَ عُمَرُ خَلْفَهُ بِكُوزٍ مِنْ مَاءٍ، فَقَالَ: «مَا هَذَا يَا عُمَرُ» ، فَقَالَ: هَذَا مَاءٌ تَتَوَضَّأُ بِهِ، قَالَ: «مَا أُمِرْتُ كُلَّمَا بُلْتُ أَنْ أَتَوَضَّأَ، وَلَوْ فَعَلْتُ لَكَانَتْ سُنَّةً»

Daripada Aisyah dia berkata: Rasulullah saw buang air kecil, lalu Umar berdiri di belakang baginda dengan membawa bekas air. Baginda pun bersabda: "Apa ini wahai Umar?"  Umar menjawab: "Air untuk bersuci". Baginda bersabda: "Aku tidak diperintahkan setiap kali selesai buang air kencing untuk bersuci, dan kalau aku melakukannya, maka ia menjadi amalan sunnah."

 

SANAD ABU DAUD, HADIS NO: 42

 

حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ، وَ خَلَفُ بْنُ هِشَامٍ الْمُقْرِئُ، قَالَا: حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ يَحْيَى التَّوْأَمُ، ح وَحَدَّثَنَا عَمْرُو بْنُ عَوْنٍ، قَالَ: أَخْبَرَنَا أَبُو يَعْقُوبَ التَّوْأَمُ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي مُلَيْكَةَ، عَنْ أُمِّهِ، عَنْ عَائِشَةَ

 

DOIF-MUNGKAR

 

Hadis ini dianggap doif dengan alasan berikut;

[a] Dari dua jalur sanad hadis ini; kedua-duanya bermuarakan dari Abu Yaaqub al-Taw-am yang merupakan PERAWI MAJHUL.

[b] Maimunah binti al-Walid juga seorang perawi MAJHUL

[c] Imam Nawawi dan Arnaut kata, hadis ini doif.

[d] Tafarrud pada Abdullah bin Abi Mulaikah.

 

Walaubagaimana pun, ALBANI anggap sanad hadis ini HASAN dengan alasan-alasan berikut;

 

[a] Sanad hadis ini dikuatkan oleh al-Daraqutni.

[b] Orang yang ambil hadis dari Abu Yaaqub ada 4 orang perawi siqah, iaitu ABU OSAMAH (IBN HIBBAN, 327), QUTAIBAH, KHALAF BIN HISHAM dan Al-Lais bin Sa’ad (Ibn Hibban, 2389). Jadi, tidak kuat nak kata dia Majhul. Tambahan pula, bukan semua kata dia doif, bahkan di sana terdapat ulama kata, dia siqah seperti ibn Hibban dan al-Nasaiem dan Al-Zahabi kata, dia صويلح.

 

Walaupun ALBANI anggap hasan dengan alasan ABU YAAQUB sahaja, tetapi didapati factor hadis ini doif bukan factor ABU YAAQUB sahaja, bahkan ada factor-faktor lain seperti MAIMUMAH dan TAFARRUD pula pada ABDULLAH BIN ABI MULAIKAH.

 

PENAMBAHAN: Hadis ini menjelaskan bahawa nabi saw lebih selesa menggunakan batu berbanding air semasa istinjak, sehinggakan apabila diberi oleh saidina Umar pun, Nabi saw tidak menerima.

 

Hal ini kelihatan bercanggah dengan hadis berikut;

 

عَنْ عَائِشَةَ، قَالَتْ: «مَا رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَرَجَ مِنْ غَائِطٍ قَطُّ إِلَّا مَسَّ مَاءً»

Kata Aisyah: Aku tidak pernah nampak Rasulullah saw keluar dari buang air besar kecuali pasti menyentuh air” (Ibn Majah, hadis no: 354—Sahih)

 

Demikian juga bercanggah dengan hadis-hadis akan datang yang semua hadis-hadis tersebut adalah sahih.

 

Dari sudut status hadis, jika berpegang dengan pendapat mengatakan hadis ini doif, sedangkan ia bercanggah dengan hadis-hadis yang sahih yang lain, bermakna hadis ini adalah hadis MUNGKAR, sedangkan hadis yang sahih yang banyak itu adalah hadis MA’RUF.

 

TAKHRIJ

 

Ibn Majah (327), Musnad Ahmad (24643).

 

Saturday, April 2, 2022

ISTINJAK BUKAN DENGAN NAJIS

 ISTINJAK BUKAN DENGAN NAJIS

 

عَنْ خُزَيْمَةَ بْنِ ثَابِتٍ قَالَ: سُئِلَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنِ الِاسْتِطَابَةِ، فَقَالَ: «بِثَلَاثَةِ أَحْجَارٍ لَيْسَ فِيهَا رَجِيعٌ»

Daripada Khuzaimah bin Tsabit dia berkata: Rasulullah pernah ditanya tentang beristinja dengan batu, maka baginda menjawab: "Dengan tiga batu yang tidak ada kotoran binatang padanya”

 

SANAD ABU DAUD, HADIS NO: 41

 

حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مُحَمَّدٍ النُّفَيْلِيُّ، حَدَّثَنَا أَبُو مُعَاوِيَةَ، عَنْ هِشَامِ بْنِ عُرْوَةَ، عَنْ عَمْرِو بْنِ خُزَيْمَةَ، عَنْ عُمَارَةَ بْنِ خُزَيْمَةَ، عَنْ خُزَيْمَةَ بْنِ ثَابِتٍ

 

DOIF SANAD, SAHIH MATAN

 

Dari sudut matan, hadis ini adalah DOIF dengan alasan berikut;

 

(A)                Amru bin Khuzaimah adalah perawi yang MAJHUL.

 

(B)                Yang ambil hadis dari Hisham adalah ABU MUAWIYYAH (KUFAH) yang merupakan seorang mudallis. Riwayat Abu Muawiyyah yang tidak mudallis hanya jika dia ambil dari al-‘Amash sahaja, sedangkan hadis ini dia ambil dari HISHAM BIN ‘URWAH.

 

(C)                Hisham bin Urwah adalah perawi IKHTILAT setelah dia berhijrah ke Kufah. Didapati hadis ini dia riwayatkan semasa di Kufah, kerana yang ambil hadis darinya adalah ABU MUAWIYYAH yang merupakan penduduk kufah.

 

MUTABA-AH SANAD

 

Abu Daud bawa dua mutaba-‘ah dari perawi ABU MUAWIYAH seperti berikut;

 

قَالَ أَبُو دَاوُدَ: كَذَا رَوَاهُ أَبُو أُسَامَةَ وَابْنُ نُمَيْرٍ،  عَنْ هِشَامٍ يَعْنِي ابْنَ عُرْوَةَ

 

Walaupun didatangkan dua perawi sebagai mutaba-ah kepada ABU MUAWIYYAH, hadis ini tetap doif kerana kedua-dua perawi (ABU USAMAH dan IBN NUMAIR) adalah penduduk kufah. Dengan erti kata lain, mereka ambil hadis dari HISHAM BIN URWAH ketika dia sudah ikhtilat.

 

SYAWAHID MATAN

 

Walaubagaimana pun, hadis ini ada SYAWAHID pada matan seperti berikut;

 

Hadis ke-7:

عَنْ سَلْمَانَ، قَالَ: قِيلَ لَهُ لَقَدْ عَلَّمَكُمْ نَبِيُّكُمْ كُلَّ شَيْءٍ حَتَّى الْخِرَاءَةَ، قَالَ: أَجَلْ لَقَدْ «نَهَانَا صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ نَسْتَقْبِلَ الْقِبْلَةَ بِغَائِطٍ أَوْ بَوْلٍ، وَأَنْ لَا نَسْتَنْجِيَ بِالْيَمِينِ، وَأَنْ لَا يَسْتَنْجِيَ أَحَدُنَا بِأَقَلَّ مِنْ ثَلَاثَةِ أَحْجَارٍ، أَوْ نَسْتَنْجِيَ بِرَجِيعٍ أَوْ عَظْمٍ»

 

Hadis ke-36:

فَأَخْبِرِ النَّاسَ أَنَّهُ مَنْ عَقَدَ لِحْيَتَهُ، أَوْ تَقَلَّدَ وَتَرًا، أَوْ اسْتَنْجَى بِرَجِيعِ دَابَّةٍ، أَوْ عَظْمٍ فَإِنَّ مُحَمَّدًا صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْهُ بَرِيءٌ» ،

 

Hadis ke-38:

جَابِرَ بْنَ عَبْدِ اللَّهِ، يَقُولُ: «نَهَانَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ نَتَمَسَّحَ بِعَظْمٍ أَوْ بَعْرٍ»

 

Hadis ke-39:

فَقَالُوا: يَا مُحَمَّدُ: انْهَ أُمَّتَكَ أَنْ يَسْتَنْجُوا بِعَظْمٍ أَوْ رَوْثَةٍ أَوْ حُمَمَةٍ، فَإِنَّ اللَّهَ تَعَالَى جَعَلَ لَنَا فِيهَا رِزْقًا

 

Dari sini dapat disimpulkan bahawa hadis ini adalah doif pada sanad, tetapi ia sahih pada matan. Memandangkan ia sahih berfaktorkan matan-matan hadis yang lain, maka ia disebut sebagai SAHIH LIGHAIRIH.

 

Hal ini selaras dengan pendapat ARNAUT.

 

Namun begitu, ALBANI anggap hadis ini sebagai sahih dengan alasan-alasan berikut:

 

A.                  Semua rijal al-Bukhari kecuali AMRU BIN KHUZAIMAH.

 

B.                  Walaupun AMRU BIN KHUZAIMAH bukan rijal Bukhari, tetapi dia dianggap siqah oleh HISHAM BIN URWAH.

 

C.                  Ibn Hibban senaraikan AMRU dari kalangan perawi siqah.

 

D.                 Dia adalah perawi MAQBUL, iaitu diterima jika hadisnya ada mutaba-ah. Jika tidak ada, baru hadisnya tidak diterima.

 

E.                  Ternyata hadis ini mempunyai syawahid matan yang banyak sehingga boleh naik darjat HASAN ATAU SAHIH 

 

TAKHRIJ

 

Ibn Majah (315), Abu Daud (7)

 

AIR DIJILAT ANJING

  AIR DIJILAT ANJING   عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: «طُهُورُ إِنَاءِ أَحَدِكُمْ إِذَا وَ...