Wednesday, July 20, 2022

AIR TELAGA BUDHO-AH

 AIR TELAGA BUDHO-AH

 

عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ أَنَّهُ قِيلَ لِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: أَنَتَوَضَّأُ مِنْ بِئْرِ بُضَاعَةَ وَهِيَ بِئْرٌ يُطْرَحُ فِيهَا الْحِيَضُ وَلَحْمُ الْكِلَابِ وَالنَّتْنُ؟ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «الْمَاءُ طَهُورٌ لَا يُنَجِّسُهُ شَيْءٌ»

Abu Sa’id al-Khudri berkata bahawa Rasulullah saw ditanya: apakah boleh kamu berwuduk dari telaga Budho-ah, iaitu telaga yang dibuang dalamnya darah haid, daging anjing dan sesuatu yang busuk? Jawab Rasulullah saw: Air itu suci, tidak ada sesuatu pun dapat menajiskannya”

 

قَالَ أَبُو دَاوُدَ: وَقَالَ بَعْضُهُمْ عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ رَافِعٍ

 

SANAD ABU DAUD, HADIS NO: 66

 

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْعَلَاءِ وَالْحَسَنُ بْنُ عَلِيٍّ وَمُحَمَّدُ بْنُ سُلَيْمَانَ الْأَنْبَارِيُّ قَالُوا: حَدَّثَنَا أَبُو أُسَامَةَ  عَنِ الْوَلِيدِ بْنِ كَثِيرٍ عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ كَعْبٍ  عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ بْنِ  عَبْدِ اللَّهِ بْنِ رَافِعِ بْنِ خَدِيجٍ عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ

 

SAHIH

 

[1] SAHIH

A.                  Disepakati sahih oleh ARNAUT dan ALBANI dan PENGARANG AUN AL-MA’BUD.

B.                  Semua jalurnya adalah sahih.

C.                  Hadis ini pula ada syawahid.

D.                 Dianggap sahih oleh Ahmad, Ibn Ma’in dan Ibn hazm.

E.                  Dianggap hasan oleh al-Tarmizi.

F.                   Berkenaan UBAIDULLAH BIN ABDULLAH BIN RAFI’ BIN KHUDAIJ (ada kata: BIN ABDUL RAHMAN BIN RAFI’)

(a)    Ibn al-Qattan kata, MAJHUL AL-HAL.

(b)   Ibn Mandah kata, majhul.

(c)    Ibn hajar kata, mastur.

(d)   Ibn Hibban senaraikan dalam al-Siqat.

G.                 Kata ALBANI, semua perawi siqah dan rijal bukhari dan Muslim kecuali UBAIDULLAH BIN ABDULLAH.

H.                 Punyai turuq yang banyak yang sahih.

I.                    Ada syawahid.

J.                    Imam Nawawi, ahmad dan yahya bin Ma’in kata, sahih.

 

[2] Dalam musnad, dinyatakan sanadnya ada perawi bernama;

عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ رَافِعِ بْنِ خَدِيجٍ

 

Lalu, Abu Daud komentar bahawa individu itu bukan UBAIDULLAH BIN ABDULLAH BIN RAFI’, tetapi UBAIDULLAH BIN ABDUL RAHMAN BIN RAFI’.

قَالَ أَبُو دَاوُدَ: وَقَالَ بَعْضُهُمْ عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ رَافِعٍ

 

Persoalannya, siapa yang dimaksudkan oleh Abu Daud sebagai   بعضهم itu? dikatakan antaranya adalah MUHAMMAD BIN SALAMAH—iaitu, lihat sanad akan datang.

 

[3] SYAWAHID

 

SATU: IBN ABBAS

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ: أَنَّ بَعْضَ أَزْوَاجِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اغْتَسَلَتْ مِنَ الْجَنَابَةِ فَتَوَضَّأَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِفَضْلِهَا فَذَكَرَتْ ذَلِكَ لَهُ فَقَالَ: «إِنَّ الْمَاءَ لَا يُنَجِّسُهُ شَيْءٌ» - النسائي, 325[1]

 

DUA: JABIR BIN ABDILLAH

عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ: انْتَهَيْنَا إِلَى غَدِيرٍ، فَإِذَا فِيهِ جِيفَةُ حِمَارٍ، قَالَ: فَكَفَفْنَا عَنْهُ، حَتَّى انْتَهَى إِلَيْنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ: «إِنَّ الْمَاءَ لَا يُنَجِّسُهُ شَيْءٌ» فَاسْتَقَيْنَا، وَأَرْوَيْنَا، وَحَمَلْنَا – ابن ماجة, 520[2]

 

عَنْ أَبِي أُمَامَةَ الْبَاهِلِيِّ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «إِنَّ الْمَاءَ لَا يُنَجِّسُهُ شَيْءٌ إِلَّا مَا غَلَبَ عَلَى رِيحِهِ وَطَعْمِهِ وَلَوْنِهِ» - ابن ماجة, 521[3]

 

TIGA: IKRIMAH (MAWQUF)

عَنْ عِكْرِمَةَ قَالَ: «إِنَّ الْمَاءَ لَا يُنَجِّسُهُ شَيْءٌ أَبَدًا، يُطَهِّرُ وَلَا يُطَهِّرُهُ شَيْءٌ» ، إِنَّهُ قَالَ: " {وَأَنْزَلْنَا مِنَ السَّمَاءِ مَاءً طَهُورًا} [الفرقان: 48] – [4]الصنعاني, 265

 

 



[1] SANAD:

أَخْبَرَنَا سُوَيْدُ بْنُ نَصْرٍ قَالَ: حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ الْمُبَارَكِ، عَنْ سُفْيَانَ، عَنْ سِمَاكٍ، عَنْ عِكْرِمَةَ، عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ

[2] SANAD:

حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ سِنَانٍ قَالَ: حَدَّثَنَا يَزِيدُ بْنُ هَارُونَ قَالَ: حَدَّثَنَا شَرِيكٌ، عَنْ طَرِيفِ بْنِ شِهَابٍ قَالَ: سَمِعْتُ أَبَا نَضْرَةَ، يُحَدِّثُ عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ

[3] SANAD:

حَدَّثَنَا مَحْمُودُ بْنُ خَالِدٍ وَالْعَبَّاسُ بْنُ الْوَلِيدِ الدِّمَشْقِيَّانِ قَالَا: حَدَّثَنَا مَرْوَانُ بْنُ مُحَمَّدٍ قَالَ: حَدَّثَنَا رِشْدِينُ قَالَ: أَنْبَأَنَا مُعَاوِيَةُ بْنُ صَالِحٍ، عَنْ رَاشِدِ بْنِ سَعْدٍ، عَنْ أَبِي أُمَامَةَ الْبَاهِلِيِّ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

[4] SANAD:

عَبْدُ الرَّزَّاقِ، عَنِ ابْنِ جُرَيْجٍ قَالَ: عَنْ رَجُلٍ، عَنْ عِكْرِمَةَ قَالَ

NABI DITANYA BERKENAAN AIR DI TENGAH PADANG

 NABI DITANYA BERKENAAN AIR DI TENGAH PADANG

 

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سُئِلَ عَنِ الْمَاءِ يَكُونُ فِي الْفَلَاةِ فَذَكَرَ مَعْنَاهُ

Daripada Abdullah bin Umar bahawa Rasulullah saw ditanya berkenaan yang berada di padang lapang, maka dia (Muhammad bin Ishaq) menyebut makna (hadis ini)

 

SANAD ABU DAUD, HADIS NO: 64

 

حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ إِسْمَاعِيلَ حَدَّثَنَا حَمَّادٌ  ح وَحَدَّثَنَا أَبُو كَامِلٍ حَدَّثَنَا يَزِيدُ يَعْنِي ابْنَ زُرَيْعٍ عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ إِسْحَاقَ عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ جَعْفَرٍ قَالَ أَبُو كَامِلٍ: ابْنُ الزُّبَيْرِ: عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ عَنْ أَبِيهِ

 

HASAN

 

[1] HASAN

A.                  Arnaut kata, sanadnya hasan. Albani kata, hasan sahih.

B.                  Kata Arnaut, muhammad bin Ishaq—Soduq. Namun, dalam riwayat AL-DARAQUTNI, digunakan lafaz TAHDIS. Justeru, ternafi syubhat TADLIS.

C.                  Albani kata, semua perawi hadis ini siqah dan ma’ruf.

A.                  Albani kata, hadis ini ada mutaba-ah, iaitu hadis عاصم بن المنذر, iaitu hadis ke-65.

 

[2] Ulama selisih pendapat dalam menentukan status MUHAMMAD BIN ISHAQ, sehinggakan ada pendapat kata dia seorang KAZZAB dan DAJJAL. [Al-Bazl: 1/146]

 

[3] SANAD

 

Hadis ini, Abu Daud ambil dari dua orang guru yang sanadnya seperti berikut:

a.                  Abu Daud – Musa bin Ismail – hammad – Muhammad bin Ishaq (sampai habis sanad)

b.                  Abu Daud – Abu kamil – Yazid bin Zurai’ – Muhammad bin ishaq (sampai habis sanad)

 

Menurut Abu Daud, dari jalur MUSA BIN ISMAIL, disebutkan nama perawi ke-3 sebagai MUHAMMAD BIN JAAFAR sahaja, tetapi dalam jalur ABU KAMIL, disebut dengan MUHAMMAD BIN JAAFAR BIN AL-ZUBAIR.

 

 

Tuesday, July 12, 2022

KADAR DUA KOLAH AIR

 KADAR DUA KOLAH AIR

 

عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ قَالَ: سُئِلَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنِ الْمَاءِ وَمَا يَنُوبُهُ مِنَ الدَّوَابِّ وَالسِّبَاعِ

 فَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «إِذَا كَانَ الْمَاءُ قُلَّتَيْنِ لَمْ يَحْمِلِ الْخَبَثَ»

Abdullah bin Umar berkata: Rasulullah saw ditanya berkenaan air dan binatang melata dan binatang buas yang singgah di situ.

Rasulullah menjawab: Apabila air dua kolah, maka ia tidak menanggung kotoran.

 

SANAD ABU DAUD, HADIS NO: 63

 

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْعَلَاءِ وَعُثْمَانُ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ  وَالْحَسَنُ بْنُ عَلِيٍّ وَغَيْرُهُمْ، قَالُوا: حَدَّثَنَا أَبُو أُسَامَةَ  عَنِ الْوَلِيدِ بْنِ كَثِيرٍ عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ جَعْفَرِ بْنِ الزُّبَيْرِ  عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ عَنْ أَبِيهِ قَالَ

 

SAHIH

 

[1] SAHIH

A.                  Disepakati sahih oleh AL-ARNAUT dan ALBANI.

B.                  Dalam penjelasan ARNAUT, Khilaf berkenaan guru AL-WALID BIN KATHIR tidak memudharatkan hadis, kerana MUHAMMAD BIN UBBAD dan MUHAMMAD BIN JA’AFAR adalah guru kepada AL-WALID. Hal ini diakui oleh AL-DARAQUTNI dan AL-HAKIM.

C.                  Dalam penjelasan ALBANI pula, hadis ini Ikut syarat BUKHARI dan MUSLIM. Turut akui perkara yang sama oleh AL-HAKIM dan AL-ZAHABI. Ibn Mandah pula kata, ia ikut SYARAT MUSLIM. Semua jalur sanad hadis ini bermuarakan dari AL-WALID BIN KATHIR.

D.                 ALBANI Juga kata, ia turut disahihkan oleh AL-NAWAWI, AL-TAHAWI, IBN KHUZAIMAH, IBN HIBBAN dan IBN HAJAR AL-ASQALANI.

E.                  Al-hakim dan al-Zahabi juga kata hadis ini sahih.

 

[2] DAKWAAN IDHTIRAB SANAD

 

Dalam sanad hadis bab ini, AL-WALID BIN KATHIR yang ambil hadis dari MUHAMMAD BIN JAAFAR BIN AL-ZUBAIR.

 

Ini turut ada dalam riwayat MUHAMMAD BIN AL-‘ALA, HANNAD BIN AL-SARI, AL-HUSIN BIN HURAIS (lihat dalam al-Nasaie), ABU BAKAR BIN ABI SYAIBAH (musannaf ibn abi syaibah, sahih ibn Hibban, Mustadrak al-Hakim, Sunan al-Daraqutni), AL-HASAN BIN ALI BIN AFFAN AL-‘AMIRI (al-Hakim dan al-Baihaqi), ISHAQ BIN RAHWIYYAH (al-Daraqutni, al-Hakim), YAHYA BIN HASSAAN (al-Tahawi), AHMAD BIN JAA’FAR AL-WAKI’IE, ABU UBAIDAH BIN ABI AL-SAFAR, MUHAMMAD BIN ‘ABADAH, HAJIB BIN SULAIMAN, YA’QUB AL-DAWRAQI, HARUN AL-HAMMAL (al-Daraqutni)

 

Ada dakwaan lain pula mengatakan seperti berikut;

a.                  WALID ambil dari MUHAMMAD BIN AL-ZUBAIR.

b.                  WALID ambil dari MUHAMMAD BIN UBBAD BIN JAA’FAR

 

MASALAH KEDUA: siapa perawi ke-2?

a.                  Apakah UBAIDULLAH BIN ABDILLAH BIN UMAR, atau;

b.                  ABDULLAH BIN ABDILLAH BIN UMAR?

 

IBN DAQIQ AL-‘AID kata, hadis ini sahih atas pendekatan para ulama fiqh.  walaupun ia ada idhtirab sanad, tetapi ada kemungkinan untuk nak himpunkan (الجمع) pada semua riwayat.

 

Komen dari MAHMUD MUHAMMAD KHATTAB AL-SUBKI dalam kitab AL-MANHAL AL-‘AZB AL-MAURUD SYARH SUNAN AL-IMAM ABI DAUD (1/223), di sini ada waham.

 

Sebenar, perawi ini adalah UBAIDULLAH bukan ABDULLAH (kedua-dua ini adalah adik beradik). Hal ini kerana, individu yang belajar dari ABDULLAH adalah MUHAMMAD BIN UBBAD BIN JA’AFAR, sedangkan perawi dalam sanad ini adalah MUHAMMAD BIN JA’FAR BIN AL-ZUBAIR.

 

Justeru, perawi dalam hadis ini adalah UBAIDULLAH bukan ABDULLAH.

 

Menurut IBN HAJAR AL-ASQALANI dalam al-Talkhis bahawa sanad yang sebenar hanya dua sanad sahaja, selain dari itu adalah waham. Dua sanad tersebut adalah seperti berikut:

a.                  AL-WALID ambil dari MUHAMMAD BIN UBBAD BIN JAAFAR ambil dari ABDULLAH BIN UMAR

b.                  AL-WALID ambil dari MUHAMMAD BIN JAAFAR BIN AL-ZUBAIR ambil dari UBAIDULLAH (Al-minhal: 1/223)

 

Walaubagaimana pun, KHATTAB AL-SUBKI menyatakan, bahawa sememangnya AL-WALID BIN KATHIR pernah belajar dari MUHAMMAD BIN UBBAD dan MUHAMMAD BIN JA’FAR. Beliau turut mengatakan, hal ini pernah disebut oleh AL-BAIHAQI. (al-Minhal: 1/226 & 231)

 

Dengan itu, hadis ini boleh dijadikan sandaran hujah. Apatah lagi, Al-Hakim kata, hadis ini memadai dianggap sahih kerana mengikut SYARAT DUA SYAIKH (BUKHARI DAN MUSLIM)

 

[3] KOMEN ABU DAUD

 

Hadis ini, Abu Daud ambil dari tiga orang gurunya; (1) MUHAMMAD BIN AL-‘ALA, (2) OSMAN BIN ABI SYAIBAH dan (3) AL-HASAN BIN ALI.

 

Menurut Abu Daud, sanad hadis ini dalam riwayat guru (1), sedangkan dalam riwayat guru (2) dan (3), Sanad hadis ini bukan dari MUHAMMAD BIN JA’FAR BIN AL-ZUBAIR, tetapi MUHAMMAD BIN ‘ABBAD BIN JA’FAR.

قَالَ أَبُو دَاوُدَ: وَهَذَا لَفْظُ ابْنُ الْعَلَاءِ، وَقَالَ عُثْمَانُ، وَالْحَسَنُ بْنُ عَلِيٍّ: عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ عَبَّادِ بْنِ جَعْفَرٍ

 

Pada Abu Daud, riwayat dari guru (2) dan (3) ini lebih benar.

قَالَ أَبُو دَاوُدَ: وَهُوَ الصَّوَابُ

 

Dalam perkataan lain, riwayat yang menyatakan bahawa perawi dalam sanad hadis (MUHAMMAD BIN JAAFAR BIN AL-ZUBAIR) di atas adalah WAHAM.

 

MENGULANGI WUDUK WALAU TIDAK BATAL

 

MENGULANGI WUDUK WALAU TIDAK BATAL

 

عَنْ أَبِي غُطَيْفٍ الْهُذَلِيِّ قَالَ: كُنْتُ عِنْدَ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ فَلَمَّا نُودِيَ بِالظُّهْرِ تَوَضَّأَ فَصَلَّى، فَلَمَّا نُودِيَ بِالْعَصْرِ تَوَضَّأَ، فَقُلْتُ لَهُ، فَقَالَ: كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: «مَنْ تَوَضَّأَ عَلَى طُهْرٍ كَتَبَ اللَّهُ لَهُ عَشْرَ حَسَنَاتٍ»

Berkata Abu Ghutaib al-Huzali: Aku berada di samping Abdullah bin Umar. Tatkala dilaungkan azan zohor, dia berwuduk lalu menunaikan solat. Tatkala dilaungkan azan asar, dia berwuduk. Aku pun berkata kepadanya. Dia pun berkata: Rasulullah saw berkata: Barangsiapa yang berwuduk atas bersuci (sebelum berhadas), Allah catatkan baginya sepuluh kebajikan”

 

SANAD ABU DAUD, HADIS NO: 62

 

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ يَحْيَى بْنِ فَارِسٍ حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ يَزِيدَ الْمُقْرِئُ ح وَحَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ  حَدَّثَنَا عِيسَى بْنُ يُونُسَ قَالَا:حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ زِيَادٍ قَالَ أَبُو دَاوُدَ: وَأَنَا لِحَدِيثِ ابْنِ يَحْيَى  أَتْقَنُ

عَنْ غُطَيْفٍ

وَقَالَمُحَمَّدٌ: عَنْ أَبِي غُطَيْفٍ الْهُذَلِيِّ قَالَ

 

DOIF ADA SYAWAHID

 

[1] DOIF.

A.                  Disepakati doif oleh ALBANI dan ARNAUT.

B.                  Alasan mereka, semua jalur sanad hadis ini bermuarakan dari ABDUL RAHMAN BIN ZIYAD AL-IFRIQI (DOIF) dan ABU GHUTAIB (MAJHUL)

C.                  ALBANI menambah, hadis ini turut dianggap doif oleh Tarmizi, al-Munziri, al-Iraqi, al-Asqalani, al-Nawawi.

D.                 Al-Bukhari kata, hadis ini mungkar

E.                  Kata al-Baghawi, sanadnya lemah.

 

[2] PENJELASAN DUA PERAWI LEMAH;

 

A.                  ABDUL RAHMAN BIN ZIYAD AL-AFRIQI—DOIF

 

Kata AL-SYAUKANI dalam AL-SAIL AL-JARRAR: dia lemah dari sudut hafalan.

 

AL-TARMIZI kata dalam AL-ILAL: Aku nampak Muhammad (al-Bukhari) puji dan anggap dia kuat. Yahya al-Qattan kata dia siqah. Turut sama kata perkara yang sama adalah YA’QUB BIN SYAIBAH, AHMAD BIN SOLEH AL-MISRI dan sebagainya. Kata AL-TAWASSUT, riwayat ABDUL RAHMAN BIN ZIYAD adalah HASAN jika ada MUTABA-AH DAN SYAWAHID.

 

B.                  ABU GHUTAIB—MAJHUL.

 

Tidak diketahui keadaan dan namanya yang sebenar. Tidak ada sesiapa yang riwayat darinya kecuali AL-AFRIQI sahaja. tidak ada seorang pun kata dia siqah kecuali IBN YUNUS dalam kitab TARIKH.

 

Namun, IBN HIBBAN kata dalam AL-SIQAT bahawa GHUTAIB dalam tabaqat kedua; namanya adalah GHUTAIB BIN ABI SUFYAN AL-SAQAFI. Dia meninggal tahun 140H.

 

Kata pengarang AL-MANHAL: Hadis ini tidak ada MUTABA-AH pada ABU GHUTAIB.

 

[3] SYAWAHID

 

PERTAMA: ANAS BIN MALIK:

قَالَ: مُحَمَّدٌ هُوَ أَبُو أَسَدِ بْنُ عَمْرٍو، قَالَ: سَأَلْتُ أَنَسَ بْنَ مَالِكٍ، عَنِ الْوُضُوءِ، فَقَالَ: «كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَتَوَضَّأُ لِكُلِّ صَلَاةٍ، وَكُنَّا نُصَلِّي الصَّلَوَاتِ بِوُضُوءٍ وَاحِدٍ» - ابو داود, 171[1]

Kata Anas berkenaan Wuduk: Nabi saw selalu berwuduk setiap kali mahu solat. Kami pula menunaikan solat dengan satu wuduk sahaja”

 

KEDUA: BURAIDAH BIN HASIB

عَنْ سُلَيْمَانَ بْنِ بُرَيْدَةَ، عَنْ أَبِيهِ، قَالَ: «كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَتَوَضَّأُ لِكُلِّ صَلَاةٍ، فَلَمَّا كَانَ عَامُ الفَتْحِ صَلَّى الصَّلَوَاتِ كُلَّهَا بِوُضُوءٍ وَاحِدٍ وَمَسَحَ عَلَى خُفَّيْهِ» - الترمذي, 61[2]

Berkata Buraidah: Nabi Saw selalu berwuduk setiap kali mahu solat. ketika datang tahun pembukaan kota mekah, Baginda tunaikan solat semuanya dengan satu wuduk dan sapu pada dua khuf baginda”

 

KETIGA: ABDULLAH BIN HANZALAH

 

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ، قَالَ: قُلْتُ: أَرَأَيْتَ تَوَضُّؤَ ابْنِ عُمَرَ لِكُلِّ صَلَاةٍ طَاهِرًا، وَغَيْرَ طَاهِرٍ، عَمَّ ذَاكَ؟ فَقَالَ: حَدَّثَتْنِيهِ أَسْمَاءُ بِنْتُ زَيْدِ بْنِ الْخَطَّابِ، أَنَّ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ حَنْظَلَةَ بْنِ أَبِي عَامِرٍ، حَدَّثَهَا «أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أُمِرَ بِالْوُضُوءِ لِكُلِّ صَلَاةٍ، طَاهِرًا وَغَيْرَ طَاهِرٍ، فَلَمَّا شَقَّ ذَلِكَ عَلَيْهِ، أُمِرَ بِالسِّوَاكِ لِكُلِّ صَلَاةٍ» ، فَكَانَ ابْنُ عُمَرَ يَرَى أَنَّ بِهِ قُوَّةً، فَكَانَ لَا يَدَعُ الْوُضُوءَ لِكُلِّ صَلَاةٍ – ابو داود, 48[3]

Abdullah bin Abdullah bin Umar berkata: Aku bertanya: "Bagaimana kamu melihat wudhu Ibnu Umar di setiap kali solat, samaada dalam keadaan suci ataupun tidak—dari sebab apa itu?" Dia menjawab: Telah menceritakan kepada saya Asma` binti Zaid bin Al-Khattab bahawa Abdullah bin Hanzhalah bin Abi Amir telah menceritakan kepadanya: bahawa Rasulullah saw telah diperintahkan berwudhu untuk setiap kali solat, sama ada dalam keadaan suci maupun tidak. Tatkala hal itu terasa berat, baginda  diperintahkan untuk bersugi di setiap kali solat. Namun Ibnu Umar merasa bahawa dia kuat untuk melaksanakan hal itu, maka dia pun tidak meninggalkan wudhu untuk setiap kali solat.

 

KOMENTAR: kesemua syawahid hadis ini:

a.                  Hanya menjelaskan bahawa nabi saw mengulang-ulangkan wuduk setiap kali mahu solat.

b.                  Tidak dijelaskan pun amalan ABDULLAH BIN UMAR.

 

Justeru:

A.                  Hadis ini doif. tetapi, boleh dikuatkan dari sudut matan dalam hal Nabi saw mengulangi wuduk sahaja.

B.                  Dakwaan bahawa Ibn Umar sendiri mengulang-ngulang wuduk ketika mahu solat, tidak dapat dikuatkan dari sudut periwayatan. Namun, dalam hadis ke-42 yang lalu, sudah dijelaskan bahawa Ibn Umar amat kuat meniru perbuatan Nabi. Dari ini, tidak ditolak kemungkinan bahawa amalan mengulangi berwuduk oleh Ibn Umar sepertimana termaktub dalam hadis ini dilakukan oleh beliau.

 

[4] PENJELASAN ABU DAUD

 

Hadis ini, Abu Daud ambil dari dua orang gurunya, iaitu (1) MUHAMMAD BIN YAHYA dan (2) MUSADDAD.

 

Dalam konteks hadis ini, Abu Daud dapati guru (1) lebih dhobit dan lebih hafaz.

قَالَ أَبُو دَاوُدَ: وَأَنَا لِحَدِيثِ ابْنِ يَحْيَى أَتْقَنُ

 

Tidak dipastikan, kenapa ABU DAUD anggap guru (1) lebih dhobit dan lebih hafiz. Mungkin juga kerana, semasa menyebut nama GHUTAIB, yang guru (1) guna ABU GHUTAIB, sedangkan guru (2) guna GHUTAIB (tanpa ABU), walhal yang tepat adalah ABU GHUTAIB (ada ABU).

 

Pun begitu, hadis guru (2) pula, Abu Daud anggap lebih sempurna.

 قَالَ أَبُو دَاوُدَ: وَهَذَا حَدِيثُ مُسَدَّدٍ وَهُوَ أَتَمُّ

 

 

 

 



[1] SANAD:

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عِيسَى، حَدَّثَنَا شَرِيكٌ، عَنْ عَمْرِو بْنِ عَامِرٍ الْبَجَلِيِّ، قَالَ: مُحَمَّدٌ هُوَ أَبُو أَسَدِ بْنُ عَمْرٍو، قَالَ: سَأَلْتُ أَنَسَ بْنَ مَالِكٍ

[2] SANAD:

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ بَشَّارٍ قَالَ: حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ مَهْدِيٍّ، عَنْ سُفْيَانَ، عَنْ عَلْقَمَةَ بْنِ مَرْثَدٍ، عَنْ سُلَيْمَانَ بْنِ بُرَيْدَةَ، عَنْ أَبِيهِ

[3] SANAD:

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عَوْفٍ الطَّائِيُّ، حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ خَالِدٍ، حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ إِسْحَاقَ، عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ يَحْيَى بْنِ حَبَّانَ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ

AIR DIJILAT ANJING

  AIR DIJILAT ANJING   عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: «طُهُورُ إِنَاءِ أَحَدِكُمْ إِذَا وَ...