BERKUMUR-KUMUR JUGA AMALAN FITRAH
عَنْ عَمَّارِبْنِ يَاسِرٍ،
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: «إِنَّ مِنَ الْفِطْرَةِ الْمَضْمَضَةَ،
وَالِاسْتِنْشَاقَ» ، فَذَكَرَ نَحْوَهُ وَلَمْ يَذْكُرْ إِعْفَاءَ اللِّحْيَةِ،
وَزَادَ «وَالْخِتَانَ» ، قَالَ: «وَالِانْتِضَاحَ» وَلَمْ يَذْكُرِ انْتِقَاصَ
الْمَاءِ - يَعْنِي الِاسْتِنْجَاءَ –
Dari Ammar bin Yasir, bahawasanya Rasulullah saw bersabda: "Sesungguhnya di antara perkara fitrah adalah berkumur dan beristinsyaq, " Lalu dia menyebutkan hadis semisalnya, namun dia tidak menyebutkan berkenaan memelihara janggut tetapi menambahkan; dan khitan. Dia menyebutkan perihal memercikkan air ke bahagian kemaluan untuk menghilangkan was was dan tidak menyebutkan perihal beristinja` dengan air.
قَالَ أَبُو
دَاوُدَ: وَرُوِيَ نَحْوُهُ، عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ، وَقَالَ: «خَمْسٌ كُلُّهَا فِي
الرَّأْسِ» ، وَذَكَرَ فِيهَا «الْفَرْقَ» ، وَلَمْ يَذْكُرْ إِعْفَاءَ
اللِّحْيَةِ
Abu Daud berkata; Dan telah diriwayatkan hadis semisalnya dari Ibnu
Abbas dan dia menyebutkan; Lima perkara fitrah yang semuanya di bahagian
kepala, kemudian dia menyebutkan perihal membelah rambut (setengah ke kanan dan
setengah ke kiri) dan tidak menyebutkan perihal memelihara janggut.
قَالَ أَبُو
دَاوُدَ: وَرُوِيَ نَحْوُ حَدِيثِ حَمَّادٍ، عَنْ طَلْقِ بْنِ حَبِيبٍ وَمُجَاهِدٍ وَعَنْ بَكْرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ
الْمُزَنِيِّ، قَوْلُهُمْ وَلَمْ يَذْكُرُوا إِعْفَاءَ اللِّحْيَةِ
Abu Daud berkata; Dan telah diriwayatkan semisal hadis Hammad, dari
Thalq bin Habib dan Mujahid dan dari Bakr bin Abdullah Al-Muzani ucapan mereka,
dan mereka tidak menyebutkan perihal memelihara janggut.
وَفِي حَدِيثِ
مُحَمَّدِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي مَرْيَمَ عَنْ أَبِي سَلَمَةَ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
فِيهِ: «وَإِعْفَاءُ اللِّحْيَةِ»
Dan di dalam hadis Muhammad bin Abdullah bin Abu Maryam dari Abu Salamah
dari Abu Hurairah dari Nabi di dalamnya terdapat penyebutan perihal memelihara
janggut.
وَعَنْ
إِبْرَاهِيمَ النَّخَعِيِّ نَحْوُهُ وَذَكَرَ: «إِعْفَاءَ اللِّحْيَةِ،
وَالْخِتَانَ»
Dan dari Ibrahim Al-Nakha'i semisalnya, dan dia menyebutkan perihal
memelihara janggut dan khitan.
SANAD ABU DAUD, HADIS NO: 54 |
حَدَّثَنَا
مُوسَى بْنُ إِسْمَاعِيلَ وَدَاوُدُ بْنُ شَبِيبٍ، قَالَا: حَدَّثَنَا حَمَّادٌ[1]،
عَنْ عَلِيِّ بْنِ زَيْدٍ، عَنْ سَلَمَةَ بْنِ مُحَمَّدِ بْنِ عَمَّارِ بْنِ يَاسِرٍ قَالَ: مُوسَى، عَنْ أَبِيهِ، وَقَالَ دَاوُدُ: عَنْ عَمَّارِ بْنِ يَاسِرٍ
DOIF |
Sanad hadis dalam riwayat
AMMAR BIN YASIR adalah DOIF, kerana:
A.
MAJHUL—SALAMAH BIN MUHAMMAD
BIN AMMAR BIN YASIR
B.
DOIF—ALI BIN ZAID BIN JAD’AN
C.
TAFARRUD riwayat—‘Ali bin Zaid
ambil hadis dari salamah.
Doif sudut lain dalam riwayat AMMAR BIN YASIR:
A.
Dalam Jalur Musa; Salamah ambil hadis dari bapanya; MURSAL, kerana
bapanya, iaitu MUHAMMAD bukan sahabat.
B.
Dalam Jalur Daud—Salamah ambil hadis dari atuknya; MUNQATI’, sebab
SALAMAH tidak pernah jumpa atuknya.
Dalam riwayat IBN ABBAS pula, hadis itu sahih tetapi MAWQUF.
[1]Daud
bin Syabib ada belajar dengan dua orang guru yang masing-masing bernama HAMMAD,
iaitu HAMMAD BIN SALAMAH dan HAMMAD BIN ZAID. Dalam hadis ini, DAUD ambil dari
HAMMAD BIN SALAMAH.
No comments:
Post a Comment