AISYAH GUNA SUGI NABI SEBELUM DIBASUH
عَنْ عَائِشَةَ، أَنَّهَا قَالَتْ: «كَانَ نَبِيُّ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَسْتَاكُ، فَيُعْطِينِي السِّوَاكَ لِأَغْسِلَهُ، فَأَبْدَأُ بِهِ فَأَسْتَاكُ، ثُمَّ أَغْسِلُهُ وَأَدْفَعُهُ إِلَيْهِ»
Aisyah berkata: "Nabi Allah saw bersugi, lalu baginda memberikannya
kepadaku untuk aku basuh. Aku pun gunanya dahulu untuk bersugi, kemudian aku
basuh dan aku serahkan kembali kepada baginda"
SANAD ABU DAUD, HADIS NO: 52 |
حَدَّثَنَا
مُحَمَّدُ بْنُ بَشَّارٍ، حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ الْأَنْصَارِيُّ حَدَّثَنَا عَنْبَسَةُ بْنُ سَعِيدٍ الْكُوفِيُّ الْحَاسِبُ حَدَّثَنِي كَثِيرٌ عَنْ عَائِشَةَ
HASAN |
[A] Semua perawinya adalah SIQAH dan MA’RUF kecuali KATHIR BIN
UBAID.
Hanya Ibn Hibban sahaja mengatakan dia siqah, sedangkan ulama lain tidak
memberi komentar terhadapnya.
Dalam pada itu, ramai siqah meriwayatkan hadisnya.
[B] menurut ALBANI, hadis ini hasan dan turut mengatakan hasan adalah
IMAM AL-NAWAWI.
[C] ALBANI dan ARNAUT sepakat mengatakan hadis ini HASAN.
SANAD LAIN |
Hadis ini turut diriwayatkan oleh al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra
(169( dengan sanad yang bermuarakan dari Abu
Daud seperti berikut;
أَخْبَرَنَا
أَبُو عَلِيٍّ الْحُسَيْنُ بْنُ مُحَمَّدٍ الْفَقِيهُ، أنبا أَبُو بَكْرِ بْنُ
دَاسَةَ، أنا أَبُو دَاوُدَ، ثنا مُحَمَّدُ بْنُ بَشَّارٍ، ثنا مُحَمَّدُ بْنُ
عَبْدِ اللهِ الْأَنْصَارِيُّ، ثنا عَنْبَسَةُ بْنُ سَعِيدٍ الْكُوفِيُّ
الْحَاسِبُ، قَالَ: حَدَّثَنِي كَثِيرٌ، عَنْ عَائِشَةَ
No comments:
Post a Comment