Friday, March 25, 2022

TEMPAT DILARANG BUANG AIR BESAR

 TEMPAT DILARANG BUANG AIR BESAR

 

عَنْ مُعَاذِ بْنِ جَبَلٍ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: " اتَّقُوا الْمَلَاعِنَ الثَّلَاثَةَ: الْبَرَازَ فِي الْمَوَارِدِ، وَقَارِعَةِ الطَّرِيقِ، وَالظِّلِّ"

 

“Rasulullah bersabda, "Takutlah kamu terhadap tiga hal yang mengundang laknat; buang air besar di sumber air, di laluan jalan dan tempat berteduh”

 

SANAD ABU DAUD, HADIS NO: 26

 

حَدَّثَنَا إِسْحَاقُ بْنُ سُوَيْدٍ الرَّمْلِيُّ وَعُمَرُ بْنُ الْخَطَّابِ أَبُو حَفْصٍ وَحَدِيثُهُ أَتَمُّ أَنَّ سَعِيدَبْنَ الْحَكَمِ حَدَّثَهُمْ قَالَ: أَخْبَرَنَا نَافِعُ بْنُ يَزِيدَ حَدَّثَنِي حَيْوَةُ بْنُ شُرَيْحٍ أَنَّ أَبَا سَعِيدٍ الْحِمْيَرِيَّ  حَدَّثَهُ عَنْ مُعَاذِ بْنِ جَبَلٍ

 

DOIF

 

Hadis ini doif dengan alasan berikut;

 

Dalam riwayat Abu Daud dan Ibn Majah ini, kedua-dua hadis ini bermuarakan dari perawi bernama ABU SA’ID AL-HIMYARI yang mengambil hadis dari Sahabat yang bernama MUAZ BIN JABAL.

 

Pertama, Ibn Qattan dan Ibn Hajar mengatakan bahawa Abu SA’ID AL-HIMYARI adalah majhul.

 

Kedua, setelah diteliti, gagal dibuktikan bahawa ABU SA’ID AL-HIMYARI bertemu dengan MUAZ BIN JABAL. Dengan kata lain, kemungkiann besar hadis ini munqati’, iaitu terputus sanad.

 

Tambahan pula, dalam riwayat Ibnul Arabi dalam menjelaskan hadis ini dia berkata:

 

زاد ابن الأعرابي في روايته بعد هذا الحديث: قال ابو داود: هذا مرسل, وهو مما انفرد به أهل مصر

“Ibnu Arabi menambah berkenaan riwayat ini selepas penjelasan hadis ini. Abu Daud berkata: hadis ini adalah Mursal dalam keadaan ia tafarrud oleh penduduk mesir sahaja”

 

Dengan dua alasan ini, disimpulkan bahawa hadis ini doif dari sudut sanad.

 

Namun begitu, ALBANI mengatakan hadis ini sebagai HASAN, sedangkan ARNAUT kata hadis ini HASAN LIGHAIRIH.

 

Apabila diteliti, didapati penghujahannya pada dua alasan:

 

Pertama, ABU SA’ID AL-HIMYARI adalah MAJHUL AL-HAL, bukan MAJHUL AIN, iaitu apabila berjaya dibuktikan bahawa ada dua orang murid yang mengambil hadis darinya, iaitu HAYWAH (hadis ini, salah satunya) dan FARJ BIN FUDHALAH (lihat Tibrani dalam Kitab al-Do’a, hadis no: 1402)

 

Kedua, dalam kaedah usul al-Hadis, apabila sesuatu hadis yang doif disebabkan majhul al-Hal, ia boleh dikuatkan untuk dijadiakan sandaran hukum sama ada melalui syawahid atau mutaba-ah.

 

Didapati hadis ada beberapa SYAWAHID seperti berikut:

 

Pertama, sahabat nabi yang bernama ABU HURAIRAH—hadis 25 yang menyebut berkenaan dua tempat dilarang buang air besar, iaitu laluan orang ramai dan tempat orang ramai berteduh.

 

Kedua, sahabat nabi bernama JABIR BIN ABDULLAH bahawa Nabi saw bersabda:


حَدَّثَنَا جَابِرُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «إِيَّاكُمْ وَالتَّعْرِيسَ عَلَى جَوَادِّ الطَّرِيقِ، وَالصَّلَاةَ عَلَيْهَا، فَإِنَّهَا مَأْوَى الْحَيَّاتِ وَالسِّبَاعِ، وَقَضَاءَ الْحَاجَةِ عَلَيْهَا، فَإِنَّهَا مِنَ الْمَلَاعِنِ»

"Janganlah kamu berehat, solat dan qadha’ hajat di tengah jalan. Sebab ia adalah tempat ular dan binatang buas, dan ia juga tempat yang dilaknat” (Ibn Majah, hadis no: 329—Doif)

 

Ketiga, ABDULLAH BIN UMAR berkata:

 

عَنْ سَالِمٍ، عَنْ أَبِيهِ، أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «نَهَى أَنْ يُصَلَّى عَلَى قَارِعَةِ الطَّرِيقِ، أَوْ يُضْرَبَ الْخَلَاءُ عَلَيْهَا، أَوْ يُبَالَ فِيهَا»

“Nabi saw melarang dari menunaikan solat di laluan jalan atau qadha’ hajat di situ, atau kencing di situ” (Ibn Majah, hadis no: 330—doif)

 

Keempat, IBN ABBAS berkata bahawa dia dengar Rasulullah saw bersabda:

 

مَنْ، سَمِعَ ابْنَ عَبَّاسٍ، يَقُولُ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: «اتَّقُوا الْمَلاعِنَ الثَّلاثَ» قِيلَ: مَا الْمَلاعِنُ يَا رَسُولَ اللَّهِ؟ قَالَ: «أَنْ يَقْعُدَ أَحَدُكُمْ فِي ظِلٍّ يُسْتَظَلُّ فِيهِ، أَوْ فِي طَرِيقٍ، أَوْ فِي نَقْعِ مَاءٍ»

Takutilah kamu 3 punca orang mencela. Sahabat tanya: apa punca celaan itu, Wahai Rasulullah? Jawab nabi: Seseorang kamu duduk di bawah teduhan atau pada laluan atau pada sumber air” (Ahmad, hadisn no: 2715—doif)

 

Dari empat hadis yang dikemukakan, didapati ada empat orang sahabat nabi selain Muaz turut menyampaikan hadis yang kandungannya sama maksud dengan hadis Muaz.

 

Dengan ini, hadis ini dapat disimpulkan seperti berikut:

 

a.                  Kisah hadis ini berkenaan perbualan Muaz bin Jabal dan Abdullah Bin Amru itu kekal doif, kerana tidak ada sebarang riwayat yang menguatkan kisah tersebut.

 

b.                  Tetapi, berkenaan dengan pesanan agar berhati-hati dari qadha’ hajat di tiga tempat, iaitu laluan air, laluan jalan dan tempat berteduh; ini boleh dijadikan sandaran hukum. Ia disebut sebagai hasan lighairih, iaitu doif dari sudut sanad, tetapi boleh dibuat hujah dari sudut matan.

 

Cuma pelik sedikit apabila al-Hakim menganggap hadis ini sahih, lalu disokong oleh al-Zahabi dengan tidak diketahui apa hujah mereka.

 

TAKHRIJ

 

Ibn Majah (329, 330), Ahmad (2715).

 

JAUHI DUA PELAKNAT

 JAUHI DUA PELAKNAT

 

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: «اتَّقُوا اللَّاعِنَيْنِ» ، قَالُوا: وَمَا اللَّاعِنَانِ يَا رَسُولَ اللَّهِ؟ قَالَ: «الَّذِي يَتَخَلَّى فِي طَرِيقِ النَّاسِ أَوْ ظِلِّهِمْ»

"takutlah dua pelaknat" Sahabat bertanya: "Apa dua pelaknat itu, wahai Rasulullah?"

Rasulullah menjawab: "Seseorang yang buang hajat di jalanan atau tempat berteduh"

 

SANAD ABU DAUD, HADIS NO: 25

 

حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ بْنُ جَعْفَرٍ عَنِ الْعَلَاءِبْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ عَنْ أَبِيهِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ

 

SAHIH

 

Hadis ini dianggap sahih dengan alasan berikut;

A.                  Ia sahih atas syarat Muslim.

B.                  Hadis ini turut sama diriwayatkan oleh Muslim.

C.                  Arnaut dan Albani sepakat hadis ini sebagai sahih.

 

TAKHRIJ

 

Misykat (339) Muslim (269), Ahmad (8853), Ibn hibban (1415)

 

 

NABI SEDIAKAN BEJANA UNTUK AIR KENCING BAWAH KATIL

 NABI SEDIAKAN BEJANA UNTUK AIR KENCING BAWAH KATIL

 

عَنْ أُمَيْمَةَ بِنْتِ رُقَيْقَةَ أَنَّهَا قَالَتْ: «كَانَ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَدَحٌ مِنْ عِيدَانٍ تَحْتَ سَرِيرِهِ، يَبُولُ فِيهِ بِاللَّيْلِ»

“Nabi memiliki bekas dari tandan pelepah kurma (yang beliau letakkan) di bawah tempat tidurnya, yang baginda gunakan untuk buang air kecil pada waktu malam hari”

 

SANAD ABI DAUD, HADIS NO: 24

 

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عِيسَى، حَدَّثَنَا حَجَّاجٌ، عَنِ ابْنِ جُرَيْجٍ، عَنْ حُكَيْمَةَ بِنْتِ أُمَيْمَةَ بِنْتِ رُقَيْقَةَ، عَنْ أُمِّهَا

  

HASAN LIGHAIRIH

 

Hadis ini dinilai doif dari sudut sanad oleh Syaikh Syuaib al-Arnaut. Alasan doif adalah perawi bernama HUKAIMAH BINTI UMAIMAH yang rata-rata ulama hadis termasuk al-Imam al-Zahabi dan al-Imam Ibn Hajar al-Asqalani kata, dia seorang rawi yang majhul.

 

Dalam usul al-Hadis, ada beberapa jenis hadis doif boleh menjadi penguat kepada hadis doif yang lain. Antaranya, apabila hadis doif yang dijadikan penguat itu adalah hadis doif disebabkan perawi yang majhul al-Hal atau mastur.

 

Maka dengan demikian, apabila dilihat pada hadis ini, didapati ia boleh menjadi penguat, kerana perawi hadis ini bernama HUKAIMAH adalah seorang yang majhul al-Hal atau Mastur sahaja.

 

Namun begitu, jika dilihat pada pendapat Syaikh Albani sejak dari awal lagi menilai hadis ini sebagai hasan yang dengan itu boleh dijadikan hujah.

 

Hujah Syaikh Albani adalah melihat kepada kitab al-Siqat, karya Imam Ibn Hibban; kitab terbabit menyenaraikan nama-nama perawi siqah, didapati salah seorang nama itu adalah HUKAIMAH. Atas alasan itu, Albani anggap hadis ini hasan.

 

Pun begitu, ada pihak membantah pendapat Albani dengan menyatakan bahawa Ibn Hibban terkenal dengan tasahul, iaitu bermudah-mudah dalam menentukan seseorang itu siqah. Makanya, mereka tetap dengan pendirian bahawa hadis ini doif, tetapi tahap doif yang ringan yang boleh dijadikan penguat kepada hadis-hadis doif yang lain.

 

TAKHRIJ

 

Hadis ini turut dapat dilihat dalam kitab al-Sunan al-Kubra al-Imam al-Nasaie (31) dan Ibn Hibban (1426)

 

 

Thursday, March 24, 2022

NABI KENCING BERDIRI

 NABI KENCING BERDIRI

 

عَنْ حُذَيْفَةَ قَالَ: أَتَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سُبَاطَةَ قَوْمٍ «فَبَالَ قَائِمًا، ثُمَّ دَعَا بِمَاءٍ فَمَسَحَ عَلَى خُفَّيْهِ»

 

Abu Wa`il dari Hudzaifah berkata: "Rasulullah pernah mendatangi tempat pembuangan sampah suatu kaum, lalu buang air kecil dengan berdiri, kemudian beliau meminta untuk didatangkan air, lalu beliau mengusap dua khufnya."

 

SANAD ABU DAUD, HADIS NO: 23

 

حَدَّثَنَا حَفْصُ بْنُ عُمَرَ، وَ مُسْلِمُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ، قَالَا: حَدَّثَنَا شُعْبَةُ، ح وَحَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ، حَدَّثَنَا أَبُو عَوَانَةَ وَهَذَا لَفْظُ حَفْصٍ عَنْ سُلَيْمَانَ، عَنْ أَبِي وَائِلٍ، عَنْ حُذَيْفَةَ

 

PENJELASAN:

 

[A] Sanad hadis ini dari tiga jalur guru Imam Abu Daud, iaitu Hafsh, Muslim dan Musaddad. Dari ketiga-tiga jalur ini, semuanya bermuarakan dari Sulaiman. Bermakna, dari sulaiman di situ, terpecah kepada dua: iaitu, (a) Abu ‘Awanah – Musadadd. (b) Syu’bah – Hafs dan Muslim.

 

[B] Pada Sanad hadis ini ada "ح" yang bermaksud berpaling kepada sanad yang kedua. Pada sanad pertama, bermuarakan dari Syu’bah, sedangkan pada sanad kedua, bermuarakan dari Abu ‘Awanah.

 

SAHIH

 

Hadis ini sahih dengan beberapa alasan berikut:

(A)               Semua perawi adalah siqah dan sahih.

(B)               Sanadnya mengikut syarat al-Bukhari dan Muslim.

(C)               Al-Bukhari dan Muslim turut meriwayatkan hadis ini dalam kitab sahih masing-masing.

(D)               Ia disepakati sahih oleh Albani dan Arnaut.

 

TAKHRIJ

 

  Al-Bukhari (224, 225, 226 – ringkas), Muslim (273, 73, 74), Al-Tarmizi (13), Al-Nasaie (al-Kubra-18, 23), Ibn Majah (305), Musnad Ahmad (23341), Ibn Hibban (1424)

 

 

Sunday, March 20, 2022

KERASNYA SYARIAT BANI ISRAEL

 KERASNYA SYARIAT BANI ISRAEL

 

 عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ حَسَنَةَ قَالَ: انْطَلَقْتُ أَنَا  وَعَمْرُو بْنُ الْعَاصِ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَخَرَجَ وَمَعَهُ دَرَقَةٌ ثُمَّ اسْتَتَرَ بِهَا، ثُمَّ بَالَ، فَقُلْنَا:  انْظُرُوا إِلَيْهِ يَبُولُ كَمَا تَبُولُ الْمَرْأَةُ،  فَسَمِعَ ذَلِكَ، فَقَالَ: «أَلَمْ تَعْلَمُوا مَا لَقِيَ صَاحِبُ بَنِي إِسْرَائِيلَ، كَانُوا إِذَا أَصَابَهُمُ الْبَوْلُ قَطَعُوا مَا أَصَابَهُ الْبَوْلُ مِنْهُمْ، فَنَهَاهُمْ فَعُذِّبَ فِي قَبْرِهِ»

 

“Abdurrahman bin Hasanah berkata: Saya pergi bersama Amru bin Al-Ash menemui Rasulullah, kemudian baginda keluar dengan membawa perisai, lalu menutup diri dengannya dan buang air kecil. Kami pun berkata:

"Lihatlah, baginda buang air kecil seperti perempuan buang air kecil"

Nabi mendengar hal itu, maka baginda bersabda:

"Apakah kamu belum tahu apa yang didapatkan oleh salah seorang Bani Israil?

“Dahulu Bani Israil apabila terkena air kencing, maka mereka memotong bahagian yang terkena air kencing, lalu orang tersebut melarang mereka dari perbuatan demikian, maka dia diazab di dalam kuburnya"

 

SANAD ABU DAUD, HADIS NO: 22

 

ثنا مسدد: ثنا عبد الواحد بن زياد: ثنا الأعمش عن زيد بن وهب عن عبد الرحمن ابن حسنة.

 

SAHIH

 

Alasan hadis ini sahih adalah seperti berikut;

 [A] Sanadnya sahih mengikut syarat al-Bukhari.

[B] Hadis ini turut disahihkan oleh al-Hakim dan al-Zahabi berdasarkan syarat sahih masing-masing.

[C] hadis ini disepakati sahih oleh ALBANI dan ARNAUT.

 

TAKHRIJ

 

Al-Nasaie (kubra-26), Ibn Majah (346), Musnad Ahmad (177758), Ibn Hibban (3127)

 

 

AZAB KUBUR KEPADA YANG TIDAK JAGA AURAT SEMASA KENCING

 AZAB KUBUR KEPADA YANG TIDAK JAGA AURAT SEMASA KENCING

 

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِمَعْنَاهُ، قَالَ: «كَانَ لَا يَسْتَتِرُ مِنْ بَوْلِهِ»

Daripada Anas bin Malik, Nabi saw berkata: "Dia tidak menutup diri dari kencingnya"


 وَقَالَ أَبُو مُعَاوِيَةَ : «يَسْتَنْزِهُ»

Abu Mu'awiyah menyebutkan: "Dia tidak bersih” (kencing tidak cermat)

 

Lihat sama hadis ke-20 Sunan Abi Daud.

 

SANAD ABU DAUD, HADIS NO: 21

 

حَدَّثَنَا عُثْمَانُ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ  حَدَّثَنَا جَرِيرٌ عَنْ مَنْصُورٍ عَنْ مُجَاهِدٍ عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ

 

SAHIH

 

Hadis ini sahih dengan alasan berikut;

[a] Semua perawi hadis ini siqah.

[b] Hadis ini disepakati sahih oleh ALBANI dan ARNAUT.

[3] Hadis ini turut sama meriwayatkannya adalah al-Bukhari.

 

TAKHRIJ

 

Al-Bukhari (216, 6055) Al-Nasaie (Kubra-2206)

 

 

Saturday, March 19, 2022

HADIS PELEPAH TAMAR

 HADIS PELEPAH TAMAR


عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ: مَرَّ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى قَبْرَيْنِ، فَقَالَ: "إِنَّهُمَا يُعَذَّبَانِ، وَمَا يُعَذَّبَانِ فِي كَبِيرٍ، أَمَّا هَذَا فَكَانَ لَا يَسْتَنْزِهُ مِنَ الْبَوْلِ، وَأَمَّا هَذَا فَكَانَ يَمْشِي بِالنَّمِيمَةِ، ثُمَّ دَعَا بِعَسِيبٍ رَطْبٍ فَشَقَّهُ بِاثْنَيْنِ، ثُمَّ غَرَسَ عَلَى هَذَا وَاحِدًا، وَعَلَى هَذَا وَاحِدًا، وَقَالَ: لَعَلَّهُ يُخَفَّفُ عَنْهُمَا مَا لَمْ يَيْبَسَا"

 

Nabi melintasi di dua kuburan lalu bersabda: "Sesungguhnya keduanya sedang diazab, dan keduanya tidak diazab kerana dosa besar. Adapun yang ini, dia tidak bersih dari kencing, sedangkan yang ini, kerana dia berjalan dengan namimah (batu api)"

 

Kemudian baginda menyuruh seseorang mengambil pelepah tamar yang basah, lalu dibelah menjadi dua, kemudian baginda menanamkannya pada kuburan ini dan menanamkan satunya pada kuburan yang satu lagi, dan baginda pun bersabda: "Semoga ia dapat meringankan keduanya selama ia belum kering”

 

SANAD ABU DAUD, HADIS NO: 20

 

حَدَّثَنَا زُهَيْرُ بْنُ حَرْبٍ، وَهَنَّادُ بْنُ السَّرِيِّ، قَالَا: حَدَّثَنَا وَكِيعٌ، حَدَّثَنَا الْأَعْمَشُ، قَالَ: سَمِعْتُ مُجَاهِدًا، يُحَدِّثُ عَنْ طَاوُسٍ، عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ

 

SAHIH

 

Sahih dengan alasan berikut;

 

(A)               Semua rijalnya siqah.

(B)               Sanadnya ikut syarat al-Bukhari dan Muslim.

(C)               Al-Bukhari, Muslim dan Abu ‘Awanah turut riwayatkan hadis ini dalam kitab sahih masing-masing.

(D)               Imam Muslim menganggap hadis ini sahih.

 

TAKHRIJ

 

Al-Bukhari (6052, 218, 1378), Muslim (292), Al-Tarmizi (70), Al-Nasaie (2207|al-Kubra: 27), Ibn Majah (347), Ibn Majah (387), Ahmad (1980), Ibn Hibban (sahih: 3128)

 

AIR DIJILAT ANJING

  AIR DIJILAT ANJING   عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: «طُهُورُ إِنَاءِ أَحَدِكُمْ إِذَا وَ...